My Home


Best lagu ni. Mesej yang jelas. Ini tanah Melayu sudah jadi Malaysia. Ini Malaysia sudah jadi tempat tinggal byk kaum yang dulu dipanggil orang dagang. Itu Melayu dulu sudah terima itu Cina, Sikh, India, Bangladesh, Pakistan, Turki, Indon, Nepal, Myanmar, Rohingya, Campa, Vietcong jadi warga Malaysia. Kalau x jadi warganegara pun penduduk tetap. Hidup bersama, berkongsi kekayaan negara dan bersama menyumbang kekayaan dan kemakmuran negara. Jadi apa masalahnya?

Masalahnya ialah... Jeng jeng jeng..


AKU TAMAK, AKU MAHU SEMUA!!!

ITU MELAYU MALAS, ITU CINA PEMBOHONG, ITU INDIA KAKI PUTAR, ITU BANGLA BUSUK AMIK ORDER MAKANAN, ITU VIETCONG MAKAN ANJING, ITU INDON MEROMPAK, ITU BENGGALI JUAL ROTI, ITU INI BEGITU BEGINI...

KESIMPULANNYA: AKU TAMAK AKU MAHU SEMUA. INI TANAH MELAYU @ MALAYA @ MALAYSIA @ MALINGSIA AKU PUNYA!!!

Mengapa jadi begini?

Engkau Anak Malaysia engkau fikirkan, Engkau Ahli politik engkau fikirkan, engkau Pemuzik engkau fikirkan, Engkau kerja kerajaan engkau fikirkan..

Aku.. Aku kutuk orang saja. Tiap - tiap hari aku duduk pikir apa nak kutuk orang, nak tolong orang lain, kerajaan ada, orang politik ada.

Orang Politik, biarkan mereka gaduh, aku mahu jadi hero!!

Rakyat? Orang Biasa, Marhaenis.. Hidup tetap sama. Esok kami bergaduh sebab orang politik itu yang suruh, Esok aku kafirkan orang Islam lain sebab orang politik itu yang suruh, Esok aku racist sebab orang politik itu yang suruh, Esok aku bunuh orang sebab itu orang politik yang suruh.

Lusa? Hidup aku tetap sama

Anak cucu aku nanti, biarkan mereka, aku tidak pedulik masa depan mereka asalkan aku puas harini.

Orang Politik!! Sudah -sudahlah bergaduh.. Tanggungjawab kau adalah untuk membantu membangunkan orang kita, bukan jadi penyemak dalam dewan.

Sudah2 lah bergaduh..sudah la semua ini. Kita dah jauh ketinggalan..Kita dah jadi semakin mundur, kita dah dilailaikan dgn politik. Ini agenda barat untuk musnahkan kita, mereka takut kita bangkit. Mereka takut kita maju.

Islam adalah utk semua, bkn kau sorang saja. Tanah ini amanah tuhan untuk semua bukan untuk kau saja. Tiada siapa yang menentukan nasib sesebuah bangsa itu melainkan bangsa itu sendiri, jadi bangsa apakah kamu ini?

Engkau bukan Cina yang hidup di tanah besar cina, kau bukan India yang hidup di Benua India. Engkau Cina dan India yang hidup bersama di tanah yang satu ketika dulu digelar tanah Melayu ini.

(Jerit en. Baldimerah di dalam blognya yang kecil dan huduh ini)

Baldimerah: Sial Bob Pau rokok aku


Comments

Anonymous said…
Sekali imbas... tak elok
2kali imbas..kurang molek
3kali...aku malas

Pollutions.. biarlah diGAM pon, boleh mencetus
KETIDAKKEHARMONIAN kaums

nK

Popular Posts