Sejarah: Kata Kata Hikmat

Taken from blog GGMM
Kata-kata hikmat Tun Tan Siew Sin
“Orang melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan melayu menjadi warganegara.
Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak di iktiraf sebagai rakyat tanah melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.
Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan sah kaum lain.”
Kata-kata hikmat Tun VT Sambathan
“ Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangkamasa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang di lakukan oleh orang melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang di lakukan oleh pemimpin-pemimpin melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan di terima di Ceylon dan juga tidak di terima di Burma. Sama halnya dengan kaum cina, mereka tidak di terima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.
Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak di berikan taraf warganegara seperti juga di Burma.
Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata “kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara”.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa melayu, ribuan orang India, cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana di lahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu?.
Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda kerana menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”
BaldimeraH: Sejarah Mungkin Berulang (kredit to Tomok)
Comments
Thanks for the posting of these "Kata-kata Hikmat". Anyway, from what is happening now specifically like mempertikaikan hak Bumiputera and orang Melayu dan Islam khasnya, mungkinkah "Hikmat" kata-kata ni dah hilang ? Siapa yang membuatkan "Hikmat" kata-kata ini hilang ? Everyday, we are reading, hearing, seeing ada ajer kaum lain yang mempertikaikan hak-hak tersebut dan orang Melayu/Bumiputera berkerja kuat mempertahankan kejituan hak-hak mereka yang telah pun diperuntukkan di Perlembagaan.
Kemerdekaan dicapai after ketua-ketua kaum bukan Melayu membuat "enviromental scan" serantau di Asia Tenggara dan memahami hak istimewa diberi kepada kaum-kaum mereka misalnya automatically diserapkan menjadi warga negara ini ketika kemerdekaan. Jadi, Civil Rights was given at the outset di permulaan kemerdekaan lagi. In the States, Civil Rights was recognised in late sixties and if not mistaken in 1967 spearheaded by the late Martin Luther King.
Pihak yang berwajib kena menganalisa bagaimana kefahaman ketua-ketua kaum bukan Melayu dahulu hilang "Hikmatnya" kepada generasi muda kaum-kaum tersebut. Berkemungkinan "findings" sudah diketahui jadi, lakukan corrective measures dengan segera. Berkemungkinan satu "subject wajib" entitled "Perlembagaan" untuk semua di primary school dan juga di Secondary school menonjolkan issue-issue untuk semua generasi muda faham dan respect hak orang Melayu dan Bumiputera dan Islam khasnya yang di peruntukkan di Perlembagaan. Energy sepatutnya memfokuskan membangunkan negara dan bukan masih kena terangkan dan explain why orang Melayu ada hak di Perlembagaan dan di negara ini.
Just my thoughts....
Dori Sarbini
6368 Room 5/Store Rumah Temenggong