Cerita Rakyat 6: Baliklah orang luar, jangan ganggu kami di Perak


Baliklah orang luar, jangan ganggu kami di Perak

taken from utusan

SAYA seorang suri rumah sepenuh masa. Saya mempunyai anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah. Situasi di Perak menyedihkan saya dan keluarga.Pada fahaman saya, segala perkara asas mengenai perundangan sudah di bawa ke mahkamah.

Sepatutnya sementara menunggu keputusan itu, jalankanlah hari-hari kita seperti biasa.Orang-orang dari luar negeri Perak tidak payahlah datang mengganggu dan konon memperjuangkan perkara yang saya tidak pasti adakah mereka faham apa maksudnya kepada orang-orang Perak sendiri. Ini bersangkutan dengan Sultan kami, pemerintahan negeri kami, biarlah kami yang nilai dan buat pertimbangan. Kalau kami nak berbalah biarlah kami anak Perak yang berbalah, siapa lebih hormatkan Sultan; siapa lebih derhaka pada Sultan; siapa lebih berjasa dan sayang pada negeri Perak; siapa lebih matang fikiran dan waras akalnya dan siapa yang hanya sayangkan kuasa dan pangkat dan tidak lagi ingat akan kepentingan rakyat.

Baliklah, jenguklah anak, isteri, suami, keluarga di rumah. Perjuangkanlah keluarga, didiklah mereka menjadi orang-orang yang baik. Tidak perlulah datang ke Ipoh, Kuala Kangsar, Bukit Gantang buat demonstrasi jalanan. Anak-anak kami mahu ke sekolah, jalan di tutup merata-rata, kawalan polis diketatkan untuk mengawal anda. Kasihanlah kami.

Baliklah. Minggu ini anak-anak kami ada peperiksaan, berilah mereka peluang untuk belajar dengan aman dan tenang. Perjuangan anak-anak kami dalam pelajaran untuk memartabatkan lagi agama dan bangsa juga jihad yang diredhai Allah SWT.

Berbalik kepada anak-anak saya, apa yang hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan keadilan tidak berlaku adil bukan sahaja kepada diri mereka tetapi menganiaya rakyat dengan tindakan mereka?

Apa hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan Islam tidak berkelakuan seperti orang Islam yang tinggi akhlak, menghormati orang lain dan penuh adab sopan, tetapi sebaliknya menunjukkan kebiadaban dan kekerasan hati yang tidak waras?

Apa hendak dijawab apabila parti yang melaung-laungkan keluhuran undang-undang tidak menghormati undang-undang termasuk asas-asas Perlembagaan di atas mana negeri ini dibina. Parti yang begitu cilik dan bermuka-muka dalam berjuang sehinggakan keputusan Sultan mahupun mahkamah diketepikan apabila ia tidak memihak kepada mereka. Perjuangan jenis apakah ini?

Bagaimana saya nak jelaskan pada anak saya? Di mana kewarasan akal yang dikurniakan Tuhan? Cerminlah diri. Insaflah. Jangan kerana emosi semuanya digadaikan. Baliklah.

CEMPAKA SARI

Ipoh, Perak



Baldimerah: Rintihan seorang ibu.. naek muak dan rimas dengan orang gila kuasa.
BaldiBiru: Beruk

Comments

Popular Posts

Invitation to participate in a research study entitled: Nuclear Power Generation in Malaysia; What is your opinion? / Jemputan kepada ahli di dalam organisasi anda untuk menyertai kaji selidik: Tenaga Nuklear di Malaysia; Apa pendapat anda?

Invitation to participate in a research study entitled: Nuclear Power Generation in Malaysia; What is your opinion?   We are inviting the personnel in your organization to participate in this study, which is intended to capture the various opinions of Malaysian public with different background regarding nuclear energy.  2.         The objectives of this survey are:  2.1   To determine the level of awareness and perception of Malaysian Citizens on nuclear power generation.  2.2   To evaluate Malaysian public knowledge and support regarding nuclear power development in Malaysia and Asean countries.  2.3   To establish a baseline in formulating effective strategies to enhance understanding of public and policymaker regarding national nuclear energy development.  3.         This survey consists of a set of 36 questions,...

jokes for the soul

Husband: I found Aladin's lamp today. Wife: wow, what did u ask for darling?? Husband: I asked him to increase your brain ten times.. Wife: oh..darling..luv u so much.. Did he do that?? Husband: He laughed and said multiplication doesn't apply on zero. Employee: Sir You are like a lion in the office! What about at home?? Boss: I am a lion at home too, But Goddess Durga sits on the lion there! A man gifted his wife a diamond necklace for their anniversary and wife didn't speak to him for 6 months. Was the necklace FAKE? Nooooo! That was the deal :) A couple was having dinner at a fancy restaurant. As the food was served, the husband said, "the food looks delicious, let's eat." Wife: honey.....you say prayer before eating at home. Husband: that's at home sweetheart......here the chef knows how to cook!!  All new Rocking SARDARS back again!! Interviewer: what is your birth date? Sar...