Nasionalisme yg kian pudar

Nasionalisme yang kian pudar.

Apakah itu nasionalisme?

'Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.'

Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political legitimacy). Ianya berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.


Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nationalsocialisme, pengasingan dan sebagainya.
Itu adalah takrifan bijak pandai mengenai nasionalisme. Persoalannya sekarang, sejaoh manakah nasionalisme wujud dalam jiwa masyarakat Malaysia.

Kita merdeka atas dasar nasionalisma. Kerana itulah dari zaman pengenalan idea Malaya Raya, membawa kepada penubuhan persekutuan Tanah Melayu, Penubuhan Malaya sehinggalah Malaysia, semuanya itu dari semangat nasionalime, Cuma mungkin dari sudut pandangan politik yang berbeza. Dan kerana atas dasar nasionalisme lah, Indonesia juga merdeka dengan nasionalisme mereka. Kerana nasionalisme jugalah, mereka pernah berkonfrontasi dengan negara kita, Malaysia.

Kedua- dua contoh ini, walaupun sedikit telah menunjukkan betapa hebatnya kuasa dan semangat nasionalisme. Kerana semangat nasionalisma lah, sesuatu bangsa itu bangkit untuk memastikan bangsanya turut sama seiring dengan bangsa lain. Dan kerana semangat nasionalisme orang – orang yang terdahulu daripada kita, kita bangsa Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang sempurna di masa kini.

Persoalannya sekali lagi, bagaimanakah kita mahu memupuk semangat nasionalisme di dalam hati kita. Adakah dengan sekadar menyanyikan lagu negaraku, ataupun mengibarkan Jalur Gemilang, kita sudah dianggap seorang yang nasionalis?

Hakikatnya, jika itu dikatakan sebagai nasionalisme,itu hanyalah nasionalisme di peringkat kulitnya.

Jika itu kita katakan cukup untuk menyatakan rasa bangganya kita pada Malaysia, kita seolah – olah menafikan perjuangan orang-orang terdahulu yang berjuang bermandikan darah berjuang untuk kemerdekaan kita. Ini bukan bermaksud saya menyeru anda semua untuk seperti mereka, berjuang dengan bermandikan darah, darah siapa pun yang perlu untuk kita tumpahkan di masa kini? Apa yang kita perlu lakukan, adalah meneruskan kesinambungan perjuangan dan semangat nasionalisma masyarakat terdahulu.

Melalui apa?

Melalui sumbangan kita demi kebaikan bangsa dan negara kita Malaysia. Kita boleh berjuang melalui pendidikan kita dan juga anak2 bangsa kita, kita boleh berjuang melalui melalui pemikiran kita, kerja kita dan banyak lagi asalkan ianya memberikan kesan yang signifikan terhadap pembangunan bangsa dan negara.

Kita berjuang untuk memartabatkan pendidikan anak bangsa kita, memastikan anak – nak bangsa kita, kalau tak mampu anak2 saudara kita mendapat pendidikan sewajarnya, demi masa depan mereka dan negara. Ini adalah nasionalis melalui pendidikan. Kita berjuang bekerja bersungguh – sungguh untuk membantu untuk membantu organisasi yang kita berkhidmat mencapai kejayaan, dan kejayaannya ini akan memberi sumbangan terhadap peningkatan ekonomi negara, melalui cukai, walaupun sedikit hakikatnya, ini adalah nasionalis.

Dan seandainya kita sebagai penjawat awam, meletakkan kepentingan negara di atas daripada nikmat kebendaan, menolak rasuah, bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk masyarakat. Ini adalah nasioanalis. Dan seandainya kita adalah seorang pemikir, dan kita sering berfikir, berjuang dan mengkritik sesuatu demi kebaikan bangsa Malaysia, ini juga adalah nasioanalis.Hakikatnya, apabila kita ingin menyebut semangat nasionalisme, kita boleh menyatakannya dalam berbagai cara.

Namun demikian, apa yang menyedihkan, masyarakat kita semakin lalai dengan nikmat yang telah kita kecapi hari ini.

Budaya asing semakin diagungkan.

Jangankan untuk melakukan semua perkara di atas, lagu negaraku pun semakin dilupakan, apatah lagi rukunnegara dan mungkin benderanya jalur gemilang pun terlupa akan coraknya. Di manakah silapnya. Apabila tiba hari kemerdekaan, kita hanya menontonnya di peti televisyen, itupun jika kita bangun pada paginya itu. Sekian terima kasih.

p/s: Teks ini adala teks perucapan umum yang digunakan semasa program assesment di Intan.

Comments

Popular Posts