Tugas Bomoh, Doktor Harus Seiringan

Tugas Bomoh, Doktor Harus Seiringan
Berita Harian, 1st May 2006
MUNGKIN ramai yang memikirkan apakah wajar dibenarkan perkhidmatan `bomoh' di hospital? Adakah sekadar gimik, suatu pendekatan kesihatan baru ataupun untuk kepentingan perniagaan golongan tertentu? Umum mengetahui masyarakat timur kaya dengan amalan perubatan tradisional, tidak kira sama ada masyarakat Melayu, Cina dan India. Daripada perubatan berasaskan herba, homeopati, haiwan eksotik hingga doa dan jampi serapah, semua tergolong dalam perubatan tradisional.

Apabila menyebut ayat diatas, ramai yang tergelak. Bukannya kerana maksud ayat yang diberikan, tetapi pada perkataan ’bomoh’ di atas. Maka ramai yang memikirkan apa wajarnya diwujudkan ’jawatan’ berkenaan di hospital swasta? Adakah sekadar gimik politik, sebuah pendekatan kesihatan baru ataupun untuk kepentingan perniagaan golongan tertentu?

Kita sering mendengar orang –orang lama kita enggan ke hospital, kerana tidak percaya dengan apa yang dirawat di hospital.

Untuk mereka yang lebih gemar mengikuti perubatan tradisional, seringkali mereka mendengar pengamal – pengamal perubatan tradisional memperkatakan mengenai perihal perubatan moden ; keburukannya, masalahnya, dan kesannya.

Kononnya perubatan moden hanya menipu masyarakat, dengan menggunakan dadah untuk meracun manusia, dan sebagainya. Manakala di pihak pengamal perubatan tradisonal, mereka mengatakan semuanya perubatan tradisional adalah karut, tidak masuk akal dan ketinggalan zaman. Siapakah yang menang?

Hakikatnya, inilah kelebihan masyarakat kita. Kedua – duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing – masing. Dan amalan ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Seringkali apabila perubatan moden gagal untuk merawat sesuatu penyakit, para doktor akan menasihati pesakit untuk mencuba perubatan tradisional atau dalam bahasa biasanya, cubalah ’ikhtiar yang lain’. Begitulah juga sebaliknya. Disini, secara ringkas bahawa masyarakat kita mempercayai bahawa kedua – dua jenis perubatan ini dapat berjalan seiring.

Persoalannya, bagaimanakah sistem ini boleh berjalan seiring? Bagaimanakah pengintegrasian kedua – dua sistem perubatan ini boleh berjalan. Adalah mustahil seorang pengamal perubatan moden dapat memberikan perskripsi perubatan moden dan alternatifnya (mungkin jamu, herba-herba dan akar- akar kayu) kepada pesakit. Begitu juga sebaliknya, sekiranya tabib, singseh, bomoh atau dukun ini merawat pesakitnya, adakah mereka juga akan melakukan perkara sebaliknya? Kononnya sebagai ubat-ubatan sampingan.

Apa yang ditakuti ini akan mencetuskan persaingan di bawah satu bumbung. Walau apapun, cadangan ini adalah sesuatu agenda menarik untuk kita laksanakan. Tetapi perlaksaan ini biarlah selepas penyelidikan dan kajian perlaksaannya dijalankan. Biarlah setelah satu sistem pengintegrasian diporelehi supaya kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kebaikan daripada kedua-dua sistem perubatan ini demi manfaat masyarakat Malaysia.

Ini adalah tidak mustahil.

Di samping itu, kita dapat juga menyuburkan kembali industri perubatan tradisional di negara kita yang rata- ratanya diusahakan secara kecil – kecilan di luar bandar. Dewasa ini, apabila kita mengatakan tentang rawatan tradisional, kita hanya membayangkan satu rawatan khas untuk menguatkan tenaga batin dan juga untuk kecantikan tubuh badan. Walhal keupayaannya lebih dari itu.

Biarlah apabila perubatan tradisional ini diperkenalkan di hospital kerajaan, semua pengamal perubatan yang layak mendapat tempat yang sama dengan kelayakan yang dikitiraf. Mungkin kita boleh mengkaji satu standard yang perlu dipatuhi oleh pengamal perubatan tradisonal seperti pengamal perubatan moden.

Apa yang ditakuti, oleh kerana idea ini dikhabarkan pada umum ketika majlis perubatan tradisional Cina, maka keutamaan diberikan kepada mereka. Mungkin untuk menyedapkan keseluruhan warga Malaysia, istilah bomoh disebut sekali. Walhal apabila kita menyebut ’bomoh’ pasti secara automatiknya kita akan memikirkan kemenyan dan jampi serapah di hospital kerajaan.

Dan pastinya yang ini saya katakan mengarut.


Amin Fauzan
Kuala Selangor

Comments

Popular Posts

Invitation to participate in a research study entitled: Nuclear Power Generation in Malaysia; What is your opinion? / Jemputan kepada ahli di dalam organisasi anda untuk menyertai kaji selidik: Tenaga Nuklear di Malaysia; Apa pendapat anda?

Invitation to participate in a research study entitled: Nuclear Power Generation in Malaysia; What is your opinion?   We are inviting the personnel in your organization to participate in this study, which is intended to capture the various opinions of Malaysian public with different background regarding nuclear energy.  2.         The objectives of this survey are:  2.1   To determine the level of awareness and perception of Malaysian Citizens on nuclear power generation.  2.2   To evaluate Malaysian public knowledge and support regarding nuclear power development in Malaysia and Asean countries.  2.3   To establish a baseline in formulating effective strategies to enhance understanding of public and policymaker regarding national nuclear energy development.  3.         This survey consists of a set of 36 questions,...

jokes for the soul

Husband: I found Aladin's lamp today. Wife: wow, what did u ask for darling?? Husband: I asked him to increase your brain ten times.. Wife: oh..darling..luv u so much.. Did he do that?? Husband: He laughed and said multiplication doesn't apply on zero. Employee: Sir You are like a lion in the office! What about at home?? Boss: I am a lion at home too, But Goddess Durga sits on the lion there! A man gifted his wife a diamond necklace for their anniversary and wife didn't speak to him for 6 months. Was the necklace FAKE? Nooooo! That was the deal :) A couple was having dinner at a fancy restaurant. As the food was served, the husband said, "the food looks delicious, let's eat." Wife: honey.....you say prayer before eating at home. Husband: that's at home sweetheart......here the chef knows how to cook!!  All new Rocking SARDARS back again!! Interviewer: what is your birth date? Sar...