Filem P. Ramlee relevan sepanjang zaman

utusan 25 july 2007, someone wrote this topic:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

and i replied (utusan 26 july 2007) ;

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Filem P. Ramlee relevan sepanjang zaman

Saya agak tertarik dengan komen saudara Hazimy Hassan yang disiarkan pada 25 Julai 2006 mengenai filem P. Ramlee perlu dinilai semula. Beliau menyatakan bahawa filem Ibu Mertuaku sudah ketinggalan zaman, tidak sesuai malahan melanggar norma masyarakat Islam di negara ini.

Seandainya kita lihat balik filem tersebut, dan kita bandingkan dengan masyarakat kita di zaman ini, bukankah masih banyak kesamaannya? Masalah masyarakat Melayu yang digambarkan oleh P. Ramlee dalam filem beliau 40 tahun dahulu masih lagi relevan kini.
Pertama, mengenai Kassim yang hanya menurut kehendak isterinya. Takut nanti isterinya merajuk. Seperti seorang lelaki dayus. Namun inilah yang sering berlaku di dalam masyarakat kita terutamanya golongan pelajar sekolah dan universiti yang sanggup meninggalkan kewajipan mereka untuk belajar kerana hanyut bercinta dan hanya menurut kehendak kekasihnya.

Dari sudut lain pula, ramai orang kita tidak berani untuk menunjukkan bakat dan kemampuan yang ada, sebaliknya hanya menurut kehendak jenama Melayu, tunggu, mengharapkan bantuan dan hanya berserah pada nasib. Tidak mahu tampil berlainan daripada orang lain, takut nanti dikata orang.

Kedua, mengenai Kassim dan isterinya bermain judi. Ini juga masih terjadi. Kita boleh sahaja melihat di kedai-kedai nombor ekor berapa ramai umat Islam Melayu yang membeli nombor ekor. Babak ini juga memaparkan betapa pendek akalnya Kassim, seorang Melayu berjudi dengan mengharapkan wangnya akan berganda.

Perkara ini masih juga berlaku, masyarakat kita apabila ditawarkan dengan pelbagai skim cepat kaya, mudah sahaja terpengaruh dan tertipu dan akhirnya merana. Percaya pada pujukan orang lain tanpa berfikir panjang inilah masalah orang kita.

Dan jika filem ini menggambarkan masyarakat Melayu tidak mengamalkan Islam, bandingkan dengan hari ini berapa ramai umat Melayu Islam cukup menunaikan solat lima waktu.
Ketiga, Kassim seorang Melayu tidak bersyukur dengan pemberian Tuhan. Sering sahaja kita terdengar di sana sini orang kita merungut tidak mendapat bantuan sewajarnya, pada hal mereka sepatutnya tidak perlu bantuan. Budaya mengharap dan tidak bersyukur inilah punca masalah masyarakat kita hari ini.

Keempat dan yang terakhir, sikap Kassim yang hanya memendam perasaan. Boleh dikatakan inilah masalah kita. Orang kita sering memendam perasaan. Tidak berani untuk ke hadapan merencanakan apa yang ada di dalam fikirannya. Dan inilah sebab utama mengapa negara kita masih lagi bertungkus-lumus membantu memajukan masyarakat Melayu sekalipun sudah 49 tahun merdeka.

Lihat, betapa geniusnya seorang seniman bernama P. Ramlee membincangkan masalah masyarakat Melayu kita hanya melalui satu karyanya. Ini hanyalah contoh yang mudah. Banyak lagi yang boleh dibincangkan. Menilai sesuatu karya bukanlah setakat melihat jalan ceritanya sahaja. Sememang pemikiran P. Ramlee melampaui zamannya.

– Amin Fauzan,
Kuala Selangor,
Selangor.

p/s ... saya budak baru belajar..kalo salah tolong jolokkan..urgghh~~..urghhkk~~

Comments

Anonymous said…
wahhhh... aku sgt sokong pe ko tules!! pantang aku org kutuk cite p.ramlee ni.. nk bandingkan ngn ciite2 melayu zaman skang?? sgt la jaoh beza quality nyer.. lg skali, aku sokong!!

Popular Posts

Invitation to participate in a research study entitled: Nuclear Power Generation in Malaysia; What is your opinion? / Jemputan kepada ahli di dalam organisasi anda untuk menyertai kaji selidik: Tenaga Nuklear di Malaysia; Apa pendapat anda?

Invitation to participate in a research study entitled: Nuclear Power Generation in Malaysia; What is your opinion?   We are inviting the personnel in your organization to participate in this study, which is intended to capture the various opinions of Malaysian public with different background regarding nuclear energy.  2.         The objectives of this survey are:  2.1   To determine the level of awareness and perception of Malaysian Citizens on nuclear power generation.  2.2   To evaluate Malaysian public knowledge and support regarding nuclear power development in Malaysia and Asean countries.  2.3   To establish a baseline in formulating effective strategies to enhance understanding of public and policymaker regarding national nuclear energy development.  3.         This survey consists of a set of 36 questions,...

jokes for the soul

Husband: I found Aladin's lamp today. Wife: wow, what did u ask for darling?? Husband: I asked him to increase your brain ten times.. Wife: oh..darling..luv u so much.. Did he do that?? Husband: He laughed and said multiplication doesn't apply on zero. Employee: Sir You are like a lion in the office! What about at home?? Boss: I am a lion at home too, But Goddess Durga sits on the lion there! A man gifted his wife a diamond necklace for their anniversary and wife didn't speak to him for 6 months. Was the necklace FAKE? Nooooo! That was the deal :) A couple was having dinner at a fancy restaurant. As the food was served, the husband said, "the food looks delicious, let's eat." Wife: honey.....you say prayer before eating at home. Husband: that's at home sweetheart......here the chef knows how to cook!!  All new Rocking SARDARS back again!! Interviewer: what is your birth date? Sar...