Minyak dan Politik Minyak
Minyak dan politik minyak
www.malaysiakini.com
www.malaysiakini.com
HishamuddinRais
Jul 22, 06 7:48am
Ketika saya menulis ini harga bahan bakar minyak mentah telah naik ke tahap yang paling tinggi 78 dolar untuk satu tong untuk tahun ini. Ketika kerajaan kita menaikkan 30 sen untuk satu liter petrol dahulu harga minyak mentah hanyalah 62 dolar untuk satu tong.
Dengan penarikan subsidi itu kerajaan telah dapat menjimatkan hampir 4 bilion ringgit setahun. Rasa saya semua yang dirancang oleh kerajaan kini telah hangus dengan harga baru yang terus mendadak naik.
Ketika saya menulis ini harga bahan bakar minyak mentah telah naik ke tahap yang paling tinggi 78 dolar untuk satu tong untuk tahun ini. Ketika kerajaan kita menaikkan 30 sen untuk satu liter petrol dahulu harga minyak mentah hanyalah 62 dolar untuk satu tong.
Dengan penarikan subsidi itu kerajaan telah dapat menjimatkan hampir 4 bilion ringgit setahun. Rasa saya semua yang dirancang oleh kerajaan kini telah hangus dengan harga baru yang terus mendadak naik.
Harga minyak petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini. Ini janji kerajaan. Pada hemat saya kerajaan akan mengkotakan janji ini. Tetapi, saya juga sedar bahawa keadaan minyak dan politik minyak dunia semakin tidak menentu. Pada tahun hadapan tidak dapat tidak harga bahan minyak petrol dan diesel dalam negara ini akan dinaikkan lagi. Ini adalah hakikat politik minyak.
Saya telah banyak menulis tentang minyak. Saya ingin memberi tahu kepada seramai mungkin warga bahawa bahan bakar minyak dalam dunia ini telah kurang. Dari tahun ke tahun minyak semakin susut. Malah, harga 78 dolar satu tong hari ini masih dianggap murah. Besar kemungkinan dalam tahun ini harga minyak akan meledak hingga ke 100 dolar setong.
Bahan bakar minyak petrol adalah satu bahan galian jika telah digunakan ia tidak dapat ditambah atau diganti. Selama 150 ini tamadun kita cukup selesa kerana wujudnya bahan bakar minyak ini. Tanpa minyak saya rasa tidak mungkin keselesaan yang kita semua nikmati hari ini dapat dirasakan. Tamadun kita ini ialah tamadun petrol.
Ketika pengumunan penarikan subsidi harga minyak dahulu kerajaan kelihatan bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu agar kualiti kehidupan kita semua tidak terjejas. Saya mengalu-ngalukan langkah kerajaan untuk mewujudkan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih tersusun dan menyuluruh. Tetapi nampaknya kenyataan pada minggu itu hanyalah bunyi kilat sabung menyabung tetapi hujan tidak turun-turun.
Pada minggu pertama sesudah penarikan subsidi itu kita melihat minyak dijadikan agenda perbincangan di media kita. Sesudah itu semuanya hangat-hangat tahi ayam. Saya perhatikan tindakan dan langkah kerajaan tidak menjurus kepada satu pendekatan baru. Kerajaan tidak dapat memecah tembok untuk berfikir di luar dinding.
Kisah harga minyak kita lebih murah dari harga petrol di Sweden dan Switzerland dihamburkan lagi. Tetapi kerajaan lupa bahawa Sweden dalam masa 20 tahun akan datang akan membebaskandiri mereka dari dipenjara oleh bahan bakar minyak petrol. Apa yang membuatkan Sweden mengambil langkah sedemikian? Inilah persoalan yang wajib kita bincangkan bersama.
Terima hakikat
Dasar automotif negara dan dasar pengangkutan kita saya anggap masih lagi berlatarkan dunia minyak yang murah . Ini sebenarnya hanyalah mimpi di tengah hari. Memang betul pada minggu pertama sesudah harga petrol naik 30 sen kita lihat beberapa buah bas kelihatan berasak-asak di jalan kota Kuala Lumpur.
Bagi saya ini bukan jalan penyelesaian tetapi hanya percubaan bodoh untuk mengolah persetujuan orang ramai agar jangan marah dan berdemonstrasi kerana kerajaan menaikkan harga petrol.
Dengan perasaan yang optimis saya merasa kita di Malaysia masih memiliki masa untuk melakukan sesuatu yang bijak untuk mengelak dari terjerat dalam kegelapan apabila minyak petrol kering.
Pertama kita wajib menerima hakikat bahawa simpanan minyak dalam perut bumi kita sendiri telah semakin susut. Data-data mengenai kesusutan minyak dalam dunia ini boleh ditemui dengan senang. Kita hanya perlu ‘mengoogle’ perkataan - ‘peak oil’ - maka jutaan data dan fakta tentang minyak akan muncul dikaca komputer kita.
Pada satu ketika yang tidak lama dahulu individu dan kumpulan yang mengajukan pandangan ‘peak oil’ atau kehabisan minyak telah dianggap gila dan sasau . Tetapi hari ini pandangan dari kumpulan dan individu yang dianggap gila dan sasau ini telah mula memasuki perbincangan dalam arus ekonomi dan politik perdana.
Di media arus perdana, di universiti dan gedung ilmu, di kalangan syarikat mata wang - perbincangan keilmuan minyak, seminar pakar-pakar minyak - semakin banyak perbincangan tentang ‘peak oil’ atau teori minyak semakin susut.
Malah didalam Kementerian Pertahanan Amerika akhir-akhir ini konsep minyak kering sedang dikaji dan dibincangkan dengan mendalam. Kertas-kertas kerja mengenai strategi baru untuk menghadapi kekeringan minyak sedang disusun oleh pakar pertahanan Amerika.
Mari kita lihat negara kita sendiri. Pada satu ketika dahulu negara kita berjaya mengeluarkan lebih dari 400,000 tong minyak mentah sehari. Hari ini mengikut kenyaatan Datuk Seri Najib Tun Razak, kita hanya berjaya mengeluarkan 220,000 tong sehari. Banyak pelantar cari gali minyak dari syarikat Petronas dan pelbagai syarikat antarabangsa di perairan Terangganu dan Kelantan masih tercari-cari dan kemungkinan untuk menemui telaga yang lumayan semakin tipis. Dalam masa lima atau 10 tahun akan datang telaga-telaga minyak kita akan kering.
Pakar-pakar keilmuan minyak dari pelbagai cabang ilmusemuanya bersetuju bahawa tahap kekeringan minyak ini telah sampai. Ada yang mengatakan tahun 2005, ada pakar yang berpendapat tahun 2009 dan ada yang berkata 10 tahun lagi. Tarikh bila ia akan sampai kini menjadi perbicangan akademik yang tidak membawa apa-apa faedah. Hakikat yang wajib diterima ialah minyak akan dan sedang menyusut. Pada hemat saya kesusutan minyak ini akan datang dalam dua bentuk. Pertama, aliran minyak keluar dari telaga-telaga minyak akan menguncup sadikit demi sadikit. Kekeringan bentuk ini dapat kita perhatikan seperti yang sedang berlaku ke atas pengeluaran minyak dalam perairan kita.
Kuasa alternatif
Bentuk kedua, minyak mentah ini dengan tiba-tiba susut mendadak. Kedatangan yang mendadak ini tidak disedari bila ianya akan sampai.
Pakar-pakar yang mengajukan kedua-dua pandangan ini memiliki hujah masing masing. Jika minyak susut dengan perlahan-lahan bererti kita berpeluang untuk membuat persediaan. Jika minyak susut dengan serta merta bermakna dunia dengan tiba-tiba akan menjadi gelap .
Saya lebih senang untuk menjadi seorang pesimis dalam hal ini. Ertinya lebih baik kita membawa payung ke hulu ke hilir agar kita sentiasa bersiap sedia. Tetapi apa yang saya lihat berlaku dalam negara kita ini wacana keilmuan minyak susut/minyak kering masih belum dibincangkan. Pada anggapan saya universiti dan gedung-gedung keilmuan negara kita tidak bersedia untuk membuka wacana keilmuan ini dengan serius.
Apa yang terjadi hanyalah apabila kerajaan menaikkan 30 sen seliter harga petrol maka seluruh negara bising dan heboh. Jeritan dan teriakan kedengaran di sana sini. Pelbagai pandangan termuat dalam media. Juga kedengaran pandangan yang mengajukan konsepbiodiesel. Ada yang mencadangkan minyak dari kelapa sawit, tebu dan sebagainya untuk menjadi ganti.
Sebenarnya semua ini hanyalah omong-omong kosong yang tidak berdiri di bumi yang nyata. Mereka yang mengajukan pandangan ini tidak melihat keseluruhan pengaruh bahan bakar minyak petrol dalam tamadun manusia pada abad ke 20 dan 21 ini.
Kerajaan kita seperti biasa cuba meredakan kemarahan rakyat dengan memberi perbandingan harga minyak di Malaysia lebih murah dari di Sweden atau Switzerland. Kerajaan juga menyarankan ubah cara hidup . Hingga ke hari ini saya masih tidak nampak tanda-tanda slogan ubah cara hidup ini diterjemahkan kepada perbuatan.
Pandangan-pandangan ada gantian kepada minyak petrol ini cukup cetek dan juling. Mereka ini tidak menyedari bahawa tidak wujud apa-apa gantian untuk bahan bakar petrol. Kelapa sawit dan tebu atau jagung memang boleh dijadikan gantian bahan bakar. Tetapi wajib disedari tanaman ini memerlukan baja untuk hidup subur. Baja datang dari bahan galian minyak. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah kita semua wajib menerima hakikat bahawa bahan bakar minyak telah susut. Tamadun kita yang berasaskan minyak ini tidak dapat lagi dipertahankan. Jangan kita menipu diri kita sendiri dengan cerita-cerita dongeng tentang kuasa solar, kuasa angin atau kuasa ombak. Memang betul semua ini boleh menjana kuasa tetapi tamadun yang berasaskan petrolium yang kita nikmati hari ini telah sampai ke hari-hari akhir. Tenaga nukler mungkin menarik tetapi amat merbahaya untuk manusia. Agak lawak juga jika kereta Kancil dan Kelisa akan bergerak dengan tenaga nuklear.
Pada ketika ini saya hanya ingin membawa kesedaran tentang kesusutan minyak. Saya lihat kita semua masih lagi lalai untuk memahami tanda-tanda kesusutan bahan bakar minyak. Untuk saya ianya cukup jelas. Dalam masa yang tidak begitu lama lagi tamadun petrolium ini akan padam. Kita akan bergelap!
Kegelapan yang saya maksudkan ini bukannya kita tidak ada lampu atau cahaya. Kegelapan yang saya maksudkan ini ialah dunia akan menjadi huru hara. Perang dunia kedua atau perang di Iraq hari ini akan menjadi seperti pesta kenduri hari jadi berbanding dengan apa yang akan berlaku apabila minyak habis dan jika kita semua tidak melakukan persediaan dari hari ini.
this article from malaysiakini.com
Comments