Dinar Emas mampu bantu Palestin
This article was translated and published in our local newspaper a few years ago. Regarding to TDM announced Dinar Emas to replaced dolar US. Israel Shamir, the writer is jews.
Dinar emas mampu bantu Palestin
Oleh ISRAEL SHAMIR
Lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Colin Powell tidak memberikan sebarang kelegaan kepada rakyat Palestin, malah tidak meredakan serangan Israel ke atas mereka. Norman Finkelstein yang bijaksana mengingatkan kita: ``Kita diberitahu berkali-kali masalah dengan pentadbiran Bush ialah dia tidak bersungguh-sungguh dalam isu Timur Tengah, satu kekosongan diplomatik yang sepatutnya diisi oleh lawatan Colin Powell.
Tetapi siapakah yang memberikan lampu hijau kepada Israel untuk melakukan pembunuhan beramai ramai? Siapakah yang menggunakan kuasa veto ke atas resolusi Majlis Keselamatan yang menyeru pemantauan antarabangsa bagi mengurangkan keganasan? Dan siapakah yang menyekat cadangan orang kuat hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mary Robinson supaya dihantar satu pasukan
pengumpul maklumat ke wilayah Palestin?
Robert Jensen dari Universiti Texas menulis: ``Saya menolong membunuh seorang rakyat Palestin hari ini. Kalau anda membayar cukai kepada kerajaan Amerika Syarikat, anda juga begitu.'' Beliau memberikan gambaran bahawa duit pembayar cukai AS digunakan untuk membekalkan senjata kepada Israel dan membunuh orang Palestin. Jensen perlu bertenang. Pembayar cukai AS tidak bersalah.
Realitinya lebih buruk daripada itu: Penyembelihan Palestin itu dibiayai oleh kita, oleh lima billion manusia yang tinggal di luar AS. Setiap hari kita memindahkan lima bilion dolar ke AS bagi membolehkan pemimpin negara itu kekal dalam cara hidup yang mereka telah terbiasa, dan juga untuk membunuh sebanyak mungkin rakyat Palestin yang mereka terdaya. Satu dolar sehari daripada setiap seorang daripada kita, orang Eropah dan Afrika, China, Jepun, Rusia dan Arab.
Angka yang membingungkan ini dikeluarkan oleh sebuah mingguan British, The Economist. Kita melakukan itu kerana sejak 1972, AS merasakan ia berhak untuk mencetak sebanyak mungkin wang dolar yang mereka suka, manakala kita pula percaya kepada cerita bahawa wang kertas itu adalah sekeping kertas kecil yang menyamai usaha kita dan barangan di seluruh dunia.
Hakikatnya, wang dolar AS tiada mempunyai dukungan. Ia hanya sekeping cek yang ditulis oleh pembazir yang bankrap, yang hanya layak untuk dibingkaikan dan digantung di dinding. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila hanya ada satu kuasa besar dan negara-negara lain terjerat dalam hutang, melainkan mereka mengeluarkan sebanyak mungkin dolar yang diperlukan. Itu bukan satu rahsia lagi: Fidel Castro yang berani mendedahkan itu dalam semua persidangan mengakibatkan permusuhan berpanjangan dengan AS.
Pakar kewangan AS, Greenspan dan lain-lainnya memukau kita dengan permainan yang memancing keyakinan kita yang dikenali sebagai piramid. Permainan seperti itu dimainkan di banyak negara, terutamanya di Albania dan Rusia, oleh tukang silap mata tempatan. Lazimnya ia berakhir dengan
kejatuhan yang memusnahkan. Permainan penipu Yahudi-Amerika berbeza dari segi saiznya. Ia bersifat global. Jika tidak, ia sama seperti piramid itu. Menurut Naom Chomsky, 90 peratus daripada semua urusan kewangan bersifat spekulatif. Piramid itu didukung oleh propaganda besar-besaran yang menggalakkan penggunaan dan pengembangan. Orang biasa di AS dan sekutunya tidak mendapat apa-apa daripada itu:
Di England, kemiskinan kanak-kanak berkembang tiga kali ganda sejak Margaret Thatcher berkuasa. Di AS, ada berjuta-juta kanak-kanak gelandangan. Rakyat Amerika, Britain dan Jerman teruk berhutang sama seperti mereka di negara dunia ketiga.
Dolar AS berupaya menggantikan emas kerana ia menawarkan satu kadar faedah tetap yang menarik. Kadar faedah itu menjadi perangkap kepada manusia; ia mengakibatkan beban hutang, memiskinkan negara dan manusia, mencipta penyimpangan globalisasi yang buruk.
Sam Bronfman, pengasas dinasti Bronfman dan bapa kepada pengerusi Kongres Yahudi Sedunia, apabila ditanya tentang ciptaan manusia yang paling menakjubkan, menjawab tanpa ragu-ragu: Kadar faedah. Itulah kejatuhan kedua manusia. Seperti Adam yang tergoda dengan sebiji epal, kita terpukau dengan kadar faedah tetap atas dolar, yang hari ini dianggap sebagai riba zaman moden.
Pada zaman dulu, gereja anti-Yahudi mengutuk riba sebagai penguasaan eksklusif Yahudi tetapi sekarang ia boleh dibuat oleh sesiapa saja. Semua orang menjadi rakan kongsi, meminjam kata-kata watak dalam Catch-22, Milo Minderbinder. Kita tidak boleh mengaut keuntungan dan pergi menikmatinya. Kita perlu terus duduk dalam permainan ini.
Dolar AS bukan lagi mata wang; ia satu lesen sama seperti lesen Microsoft atau paten oleh sebuah syarikat farmasi. Apabila pemimpin AS membuat keputusan, mereka boleh membekukan aset sebuah negara pemberontak. Harta Iran dibekukan, begitu juga Libya dan Iraq. Arab Saudi tentu akan menerima nasib yang serupa sekiranya mereka menentang dasar Amerika.
II
Pada hari-hari terakhir perang di Indocina, saya mudik dengan sebuah bot di Sungai Mekong bersama rakan-rakan wartawan, pengembara, penduduk tempatan, haiwan ternakan dan ayam. Bot itu ditahan beberapa kali, digeledah dan dicukai oleh pihak yang bertelagah, tetapi ia menyusur lancar dari kota lama Luang Prabang menuju ke Vientiane.
Di perkampungan yang lesu yang menempatkan 20 pondok dan tiga ekor gajah tempat kami bermalam, saya merayau ke sebuah kedai orang China. Di depan saya, seorang gerila Pathet Lao berkulit gelap dan bermuka masam, memakai kasut getah Ho Chi Minh dengan rifel AK tersandang di bahunya baru selesai membeli barang dan membayar dengan duit yang melucukan. Saya perasaan coraknya yang berwarna-warni: Itu mata wang Pathet Lao.
Apabila gerila itu pergi, saya mengeluarkan beberapa keping wang Pathet Lao yang saya peroleh di atas bot dan meminta sebungkus rokok. Tetapi pekedai China itu tidak berganjak. ``Saya lihat kamu menerima duit ini,'' bentak saya. Beliau menjawab dengan kata-kata yang manis berbau falsafah Lao- Tzu, ``Hanya daripada orang yang bersenjata.''
Dolar AS masih diterima oleh masyarakat dunia tanpa gentar, dan kerana itulah belanjawan ketenteraan AS meningkat dari tahun ke tahun. Kerana itulah Korea Utara, Iran dan Iraq menjadi Paksi Kejahatan: Mereka tidak menerima dolar. Tetapi ketakutan adalah penasihat yang buruk. Kejatuhan piramid adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Ia bermula pada Ogos 2001, apabila The Economist menasihatkan pembacanya pada 25 Ogos 2001, dan mujur ada campur tangan oleh orang yang tidak diketahui pada 11 September 2001, dolar AS mungkin sekarang ini hanya bernilai kepada ahli numismatik saja. Tetapi perang dunia ketiga hanya boleh melambatkan pelengkap proses itu.
Sikap berhati-hati dan kesedaran tentang kepentingan diri menyebabkan banyak pemimpin bijak beralih keluar daripada lingkungan dolar. Negara-negara Eropah melancarkan euro, mata wang yen Jepun meningkat dengan mendadak.
Tetapi cubaan mereka untuk menggantikan wang kertas dengan wang kertas lain dan mengekalkan kadar faedah ternyata gagal. Dalam satu cadangan yang revolusioner, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad merancang untuk kembali kepada emas dan perak, atau lebih tepatnya kepada idea dinar emas Islam sebagai mata wang simpanan yang sifar faedah untuk seluruh dunia. Idea besarnya untuk melemahkan
dolar dan penggandaan pegangan hutang layak untuk dibandingkan dengan pembaharuan yang dibawa oleh Solon, legenda pendeta Athens yang membatalkan hutang, mengalahkan oligarki, memulangkan tanah dan kebebasan kepada masyarakat.
Sekiranya dilaksanakan, ia boleh menamatkan penderitaan orang Palestin dan penderitaan negara Dunia Ketiga amnya. Dolar AS akan jatuh mendadak seperti pada tahun 1929, dan begitu juga sokongan AS kepada Israel dan hutang-hutang negara ketiga. Ia tidak harus dilihat sebagai satu serangan ke atas Amerika. Rakyat biasa Amerika akan mendapat
semula rumah mereka daripada cengkaman bank kerana pajakan akan lenyap. Beban hutang akan gugur.
Benar, George Soros dan Mark Rich terpaksa meminta kepada pejabat kebajikan, bersama-sama para penyokong Israel. Tetapi ia bukanlah satu yang malang kerana mereka akan menjadi terlalu sibuk untuk membuat jahat kerana terpaksa menyara hidup.
Itulah jawapan kepada persoalan bagaimana kita boleh membantu rakyat Palestin. Mintalah para pemimpin anda untuk melakukan langkah yang bijak dan tepat iaitu memindahkan dana dan modal keluar daripada bank AS dan keluar daripada dolar AS. Ia akan jadi lebih efisien daripada jihad atau crusade, lebih berperikemanusiaan dan muktamad daripada pengeboman berani mati.
Saya suka dengan idea Dr. Mahathir. Dinar emas akan memimpin kita ke satu dunia baru, dunia sifar kadar faedah, dunia tanpa riba yang akan membantu penyusunan semula masyarakat. Marx akan merasai ironi dalam sejarah bahawa keganasan Yahudi di Palestin boleh disekat hanya dengan menolak perkongsian dalam riba dalam bentuk dolar.
III
Pertimbangan agama secara praktikalnya tidak boleh diketepikan daripada keputusan kita. Dinar Islam akan melengkapkan sistem perbankan berasaskan prestasi. Ia hari ini dikenali sebagai perbankan Islam tetapi telah diamalkan secara Katolik di Venice sejak berkurun-kurun lama sebelum kemunculan riba. Atas dasar itu, sama seperti lainnya, negara Islam dan Kristian tidak banyak berbeza.
Gereja mengharamkan faedah tetap sehinggalah kebodohan John Calvins, tetapi Nabi Muhammad mengenakan semula pengharaman itu. Undang-undang Yahudi menghalang Yahudi daripada mengenakan faedah kepada ``saudara-saudara'' mereka (Yahudi yang lain) tetapi tidak kepada orang asing (bukan Yahudi). St. Ambrose faham tentang
kesan pendekatan ini apabila dia menulis: ``Daripada siapa saja yang kamu mahu sakiti, mintalah riba.
Riba daripadanya, mereka yang tidak berdosa untuk dibunuh. Sama seperti ada hak untuk berperang, di situlah ada hak untuk riba.'' Kerana itulah keamanan akan bertapak di Palestin apabila orang Yahudi menerima kata-kata Thomas Aquinas, ``tiada orang asing,'' dan menimbangkan kedudukan orang Palestin sebagai saudara mereka. -
Palestine Chronicle
- ISRAEL SHAMIR ialah wartawan Yahudi.

Comments