Saturday, August 14, 2010

Tragedi ramadan di Jasin












Berita dari Bharian. gambar dari blog sapentah

Tiga daripada yang cedera Nurazidah dan Norhaizan dimasukkan ke wad pemerhatian, manakala Norashikin yang mengandung dimasukkan ke wad bersalin dan selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.

Ketika kejadian kira-kira 80 peniaga baru memulakan operasi dan pengunjung masih belum ramai.

Seorang peniaga kuih, Siti Nuriza Md Zin, yang terselamat berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas sehingga menyebabkan peniaga dan pengunjung tidak sempat berbuat apa-apa.

.Sebelum kejadian katanya, kebanyakan peniaga sedang memasang khemah masing-masing untuk memulakan perniagaan mereka.

“Angin kencang berlaku tiba-tiba... tiada sebarang tanda ribut akan melanda. Saya sempat melihat beberapa peniaga cuba menahan khemah masing-masing tapi kebanyakannya terlepas kerana angin kencang.

“Akibatnya banyak khemah peniaga berterbangan di udara, termasuk diterbangkan angin melebihi ketinggian lampu limpah di Stadium Jasin sebelum jatuh kembali di kawasan bazar ini dan mungkin menimpa peniaga dan pengunjung hingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Ezil Maizan, bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu, tetapi sedih dengan kehilangan rakan baiknya, Abdul Omar.

“Ketika hari pertama berniaga, arwah Abdul ada memberitahu saya bahawa inilah tahun terakhir dia berniaga di bazar ini selepas 14 kali Ramadan. Ungkapan itu rupa-rupanya menjadi kenyataan pada hari ini (semalam),” katanya


Baldimerah : Alfatihah untuk yang meninggal.

No comments: