new home..new life..new beginning

akhirnye aku bukak semula blog aku yg yg lame ditinggalkan ini. I try to write in english, but it seem like my english become blunt.

English

Since i left sdar, my english skill had decreased exponentially. i don't know why, but maybe because of my surrounding, and maybe because they are no more 'english paper' that i have to take since my last spm. :P. but somehow, a weird thing happened to me, i only can speak english with foreigners, but i failed to speak english when i faced malaysians.. hahaha.. its quite funny when i attended 'english language meeting' conducted by our 'native malay spoken' bosses, and i failed to encapsulate my ideas in english, and i choose to speak in malay instead of english!!. But its different when i meet people which is not a malaysian or singaporean, i can speak, sharing ideas and even 'make fool' of them. why ha?? anyone can help me ah..

(i'm really sure that when u read my writing in english as above, u will realise that i'm using a 'manglish standard' english, not a 'cambridge standard' english, although i had attended a cambridge english exam few years ago.)

english as second language? or as first language? I choose as second language, but i do agree to study science and maths in english. ( i switch the language to malay, if u want to read in english, google provide a tools to translate my blog to english. F.O.C)
Sbbnya? Aku belajar science, aku tahulah susahnya nk translate artikel/buku rujukan english untuk jawab soalan dalam bahasa melayu. bila aku baca balek. aku sendiri pun tak paham walaupun dalam bahasa melayu.(kalau tak percaya, cuba translate chapter pertama mekanik kuantum ke bahasa melayu. Buku dia aku ada ni) So kerajaan sepatutnya bagi elaun kat student, elaun penterjemah. menterjemah buku rujukan english untuk di jawab dalam bahasa melayu agar dapat di baca oleh guru - gurunya yang menentang sc dan maths dalam english. Melainkan DBP meningkatkan lagi penghasilan buku - buku yang telah diterjemah ke bahasa melayu, sesuatu yang agensi kerajaan tidak mahu buat - menambahkan kerja.


New Home, New Life, New Beginning (New world orde???)


Dah seminggu aku menjalankan proses berpindah ke rumah baru. Dok sorang2.. best.. best ke?? hehehehe... Thanx to alang, wan gemok, lili baru kawen sbb jadi kuli aka balaci aku angkat barang.. korang mmg kawan2 aku paling best. Sekarang tgh cuba adaptasi kehidupan tanpa kawan2.. aku kira blk, adalah 14 tahun aku duduk dgn kawan - kawan, since dari SDAR sampai la waktu aku pindah baru ni. 26 - 14 = 12 tahun je aku tinggal dgn family aku..huhuhu... giler aa. blk kg pon mcm blk hotel je..gila derhaka.

Aku masih igt masa aku duduk kat hostel U dulu, aku suka melawan senior. (setakat senior umur tua setahun dua, aku bg tapak kaki aku je). Tetiba dtg sorang senior dtg kat aku, kononnya nk jadi pendamai, nasihatkan aku : "engko mungkin tak biasa duduk hostel, duduk hostel kenalah hormat senior". Yang ni pon aku bagi tapak kaki. Aku rasa dia igt lagi aku sampai sekarang. hehehe.

well right now, i try to start my new life. and it seem very awkward.


Baldimerah

Baldimerah bermula pada tahun 2004/05 kalau tak silap aku. Aku delete jap blog ni tahun 2009 sbb script problem, dan aku on balik lepastu. Baldimerah wujud dengan tujuan aku nak compile semua artikel yang menarik pernah aku baca dan share dgn kawan2 aku yang sama kampus dgn aku. Thanx to UKM for providing free internet to me and my college was the first college that received the facility at that time. Dan tahniah kepada semua 'hackers' dan engineer internet tak bertauliah sebab pada asalnya cuma floor aku je ada internet, tapi hasil kerja tangan korang, semua tingkat hostel tu ada internet tanpa pengetahuan UKM..hahahhaha..

Daripada baldimerah aku mula kenal ramai kawan di luar lingkungan UKM, dan aku tak expect pon. baldiemrah pun pernah masuk dalam list 100 top bloggers (tahun 2005 kalau tak silap, tapi sayang barang bukti ada dalam laptop lama aku, dan encik scott tak pulangkan blk laptop aku..) Dan daripada baldimerah aku start menulis kat mainstream media, atas kapasiti saja suka suka, dan pernah diterbitkan beberapa kali di utusan dan berita harian. dan sudah 4 tahun aku tak menulis secara formal di mainstream media, sebab kononnya terikat dgn akujanji. (yelah, bila aku menulis aku kutuk orang. itu masalahnya.) Tapi tgklah, dengan kelapangan masa yang aku ada, ditambah ketenangan duduk sorang diri kat rumah sewa baru ni, dan aku ada bilik kerja aku sendiri!! mungkin aku akan menulis balik. Tunggu ... :P

Kenapa baldimerah? senang je. BRANDING!! Bila orang tanya, aku cakap baldimerah. senang nak ingat, senang nak cari. tak percaya? cuba ko taip baldimerah kat google. Konpem yang atas skali blog aku. try la.


Sukarelawan dan volunteerism

Dulu aku rajin join kerja kerja sukarela ni..dan juga paksa rela orang lain utk join (especially dorm mate aku, budak dorm sebelah, sit, nanad, farid, scott, noyu, osh, hadi bdol dan beberapa org lain lagi. Dah nama pun sukarela, mmg la xde upah. Tapi masa tu kalau dapat makan mlm dgn tghari free pun dah cukup.. (Gila kokak). Aku masih igt lagi masatu ada kenalan cina aku mintak aku cari sukarelawan dan diberi upah RM 30, tapi aku tak dapat pergi. Aku minta la sorang budak ni pergi, sbb RM 30 untuk kerja half day tu boleh dikira besar utk student. Tapi jawapan yg aku terima, "RM30 je? kalau RM 70 aku nak la." Huih berlagak, tapi lepastu balik bilik tidur, ape pun tak dapat. Amende la budak ni.

Bila sebut sukarelawan, orang fikir buat kerja dengan niat ikhlas tidak mengharapkan habuan. baik si pemberi kerja mahupun si penerima kerja. Tapi aku rasa aku hidup mewah jugak la dulu masa student sebab buat kerja - kerja sukarelawan. Kenapa?
sebab aku konsisten dan aku tak pandang duit dulu, aku pandang pengalaman dan kepuasan yang aku dapat.

Itu kadangkala bila aku tgk kawan - kawan aku sekarang (no offence to anybody), bila kita plan sesuatu yg berbentuk volunterism, mesti tiada sambutan. balik - balik ungkit, 'duit minyak akulah,' 'kene bayar tol lah,' 'Ini belanja duit aku sendiri'lah, dan banyak lagi. tapi bila cakap, weh kita nak buat benda ni ada orang fund. Berdesup sekor - sekor dtg (Bila aku tgk situasi ni, aku rindu dgn team2 volunteer aku dulu. korang mmg best. tapi yelah, korang dah ada komitmen. takkan aku nk ajak korang tanam pokok bunga kat rumah orang cacat tu lagi.. haha).

Kenapa orang kita, suka fikir mudah, Bila nk buat kerja demi alif ba ta, mesti ada 'funder'. Kenapa tak buat kerja dulu secara sukarela, buat kerja betul - betul, dah ada bukti baru cari 'funder'? atau at least buat marketing, cari iklan dan cari laluan market? Kenapa funder yang difikirkan dulu, bukannya hasil kerja yang difikirkan dulu? entahlah. (Bila aku ckp mcmni, ayat paling biasa aku dapat : Yelah ko gaji besar, boleh lah.)

Aku suka utk igtkan diri aku dan kawan - kawan aku. Duit paling senang dicari, dan paling senang habis atau hilang. Pengalaman adalah sesuatu yang paling sukar dicari / ditempuhi, tetapi dari pengalaman boleh hasilkan banyak duit utk tempoh yang berpanjangan. DAn yang paling penting, setiap kali kita buat kerja - kerja ni, kita akan bertemu orang baru. (dan juga awek baru.. hahahaha)

Rasanya sampai sini saja. Aku sengaja tulis panjang - panjang. Cari mood untuk mula menulis balik. Rasanya aku dah boleh start balik. Hehe.. 3.30 pagi dah.. salam

Baldimerah Best

Comments

Popular Posts