Pelakon tambahan

Pelakon tambahan perlu ada utk menyokong pelakon utama. Biasanya pelakon tambahan ni samada pak pacak, jf org yg lalu lalang, makcik atau pakcik yg dibayar lima puluh ringgit utk mengacau dodol dlm drama hari raya, ataupun budak2 yg disuruh jadi kawan2 sekolah pelakon yg berlakon jadi kononnya muda jadi budak sekolah walopon dah tua umur dekat 40 thn.

Pelakon tambahan ni penting, dan dlm reAliti kehidupan kita yg mana kita jadi pelakon utama dlm pentas kita sendiri, sering ada pelakon2 tambahan yg mewarnai kehidupan kita. 'role' diorang ni samada membantu, mengacau, menghiburkan hati atau jadi penyibuk.

So aku nk kunci beberapa peristiwa di mana aku cukup mnyampah dgn pelakon2 tmbahan ni dlm situasi2 yg benar2 aku lalui.

- 5 tahun dulu (masa dlm ukm).

Ada kemalangan di kaki bukit kolej aku. Sebiji motor dan sebijik kereta. Si penunggang motosikal terperosok ke bawah kereta, dan mujur kepalanya diselamatkan oleh helmetnya yg betul2 menahan tayar kereta tersebut, walaupun kepalanya bukan lagi di dalam helmet tersebut (mamat ni mesti tak ikat tali helmet, ada baiknya jugak). Jadi kami pun yg turun sebaik mnddengar kemalangan tersebut berusaha sedaya upaya menarik mamat ni keluar dari bawah kereta (masa tu x belajar lagi cara yg betul, main tarik je. Nasib baik x pth leher budak tu).

Sedang kami cuba membawanya keluar, tiba2 lalu pakcik teksi di dalam teksinya sambil kepala ya tersembul keluar dan jari telunjuknya ditegakkan serta berkata : "siapa yang langgar hantar ke hospital" dan diulang beberapa kali, dan berlalu pergi dgn teksinya.

Haram jadah punye org tua, kami tahula nk hantar ke hospital, x payah bagitahu pun xpe. Kalau berhenti tlg xpe juga, ini cakap dlm kereta dan terus pergi mcmtu shj. Bengong.

- 4 1/2 thn dulu (masa berbuka puasa di pwtc)

Aku dijemput ke majlis berbuka puasa di pwtc. Masa tu masih student, duit pon xde. Jadi org ajak buke free mmg aku on je. Aku pon ajak la kawan2 aku pergi sekali sambil tontong duit minyak kereta prasejarah aku (bcb 6486 - byk jasa kereta ni kt kawan2 aku).

Nak dijadikan cerita, bile perut dah kenyang, siap tapau makanan lebih buat sahur. Kami pun pulang. Nak dijadikan cerita kereta tersebut rosak di depan oum (um kampus kota). Aku pon menggodek lah enjin kereta tu, kot2 boleh hidup balik.

Sedang aku sibuk mnggodek, dtg sorang mamat ni, "kereta rosak ke bang?". Aku pun ckp "ye, tgh godek ni manetahu boleh hidup blk". Lalu dijawabnya dgn muka bercahaya kononnya ingin mmberikan idea bernas kepada aku "abg hantar je kereta ni ke bengkel, nanti diorang betulkan" aku pon tgk muke budak tu, rase2nye boleh ade arwah mlm tu aku lekuk dengan spanar ni. Dia pon berlalu bila kami semua tenung dia mcm harimau lapar walaupun baru je lepas melantak masa berbuka tadi. Kalau ada bengkel kat situ sah- sahlah aku hantar bengkel, bebal.

- seminggu yg lalu.

Aku dikejutkan oleh kawan aku pada jam 2 pagi, yg menyatakan bahawa keretanya mati di tengah bandar, mungkin disebabkan baterinya lemah. Akupon dtg dan check keretanya, mmg baterinya lemah, jadi aku keluarkan jumper dlm kereta aku, tahan kereta yg lalu sebab nk adjust kereta aku bagi rapat betul dgn kereta kawan aku.

Sedang aku memasang jumper di bateri kereta kwn aku, dtg sorang hamba allah ni, dan berkata ."kereta rosak ke bang". Aku pun jawab " bateri weak je bang". Mamat ni pun berdiri betul2 di sebelah kami semua. "owh bateri weak, abg kene pakai jumper ni bang" aku pun menoleh pada mamat ni bersama kawan aku, dia x nampak ke aku tgh pegang jumper ni, ade aku kepit hidung dia ni dgn penyepit jumper ni. Tak apalah, aku buat tak tahu sahaja.

Bila aku dah selesai kepit kepala bateri tu, dia ckp lagi "merah dgn merah, hitam dgn hitam". Aduhhh aku dah siap pasang kot, enjin kereta pun dan hidup, yg dia mmbebel lagi kat situ buat apa. Agaknya dia perasan aku dah hangat kat situ, mamat tu pon blah dan pergi ke kedai minum belakang.

Aduh.. Pelakon2 tambahan yg x diundang. Ramai lagi nk cerita neh. Hehehe

Blog with my iPhone

Comments

Popular Posts