Komen :: Belum terlewat tawan pengundi muda
Belum terlewat tawan pengundi muda
Oleh ZULKIFLI JALIL(WARTAWAN UTUSAN)
GOLONGAN mudalah yang paling gembira dan 'meriah' kelibat mereka pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh tempoh hari.
Rata-rata dalam lingkungan umur 15 hingga 25 tahun begitu seronok meredah kepekatan malam bermotosikal dengan membawa berbondong-bondong se- panduk, bendera dan risalah yang terselit di ketiak.
Seronok penulis melihat mereka. Meskipun agak mentah untuk menghayati sepenuhnya hal ehwal politik negara, namun ia titik awal mendekati politik.
Barangkali agak keterlaluan menyebut kecenderungan anak-anak muda ini - yang ghairah melaungkan nama parti pesaing UMNO di jalanan sempit Permatang Pauh - telah berjaya dimanipulasikan secara bijak oleh pihak yang juga tangkas menilai arena peluang dan ruang.
Seorang anak muda yang hanya mahu dikenali sebagai Aiman berselubung bendera parti kebiruan 'mata' sehingga tidak kelihatan susuk tubuhnya ketika ditemui penulis malam 25 Ogos lalu.
"Saya sendiri tak tahu bang mengapa saya selubung dengan bendera parti ni, tapi saya merasakan ada sesuatu dari dalam diri saya ni...apa tu bang...aura, stail," kata anak muda itu yang belajar di Sekolah Menengah Penanti.
Aiman ditanya lagi apa seronoknya 'merempit' beramai-ramai tanpa bimbangkan minyak motor kehabisan di penghujung malam.
"Kawan-kawan kata ini parti untuk masa depan, Malaysia Baru. Abang tengok ni, key chain, baju t dan risalah yang kami nak edar inikan nampak 'stylish.' Karikaturnya pun 'menangkap' bang," katanya selamba.
Di Permatang Pauh tempoh hari, jarang kelihatan 'mat-mat rempit' ataupun pemuda bermotosikal membawa bendera UMNO dan Barisan Nasional (BN). Di simpang Guar Perahu - markas utama ceramah pembangkang - anak-anak muda bertebaran di jalanan semata-mata untuk 'menggantikan' tugas polis trafik. Salah seorang daripada mereka tanpa ambil peduli hujan gerimis, mengetuk cermin kereta penulis lalu menyapa: "Syukur dan terima kasih bang kerana datang... abang ke depan lagi, nampak simpang di sebelah kiri, belok, kat situ ada ruang kosong."
Seorang rakan penulis teruja. Katanya, semangat perjuangan itu datang langsung dari jiwa dan bukannya dibuat-buat. Dianggarkan kira-kira 15,000 daripada 58,000 pengundi di Permatang Pauh dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an. Sebahagian besar mereka hadir pada hari penamaan calon dan perayaan meraikan kemenangan di Institut Perguruan Tuanku Bainun 26 Ogos lalu.
Di Seberang Jaya tempoh hari, risalah yang diedarkan pembangkang banyak bercorak semasa. Umpama berita yang ditulis wartawan, maklumat yang disampaikan juga terkini. Serba-serbi lengkap bermuat penuh maklumat berserta lakaran grafik. Lebih-lebih lagi berkaitan soal 'sumpah'.
Jentera kempen disusun rapi. Bukan hendak dipuji tapi itu realiti yang turut diakui jentera parti kerajaan di pondok- pondok panas Permatang Pasir. Pemberita, baik tempatan dan lebih-lebih lagi dari luar dilayan mesra malah disediakan 'shuttle bus' ke lokasi ceramah. Sidang akhbar dijawab berhati-hati agar tiada perasaan mana-mana kaum terguris. Di pentas ceramah, tiada unsur perkauman diungkit. Semuanya sama rata - Melayu, Cina dan India.
Di penghujung malam, tiada kedapatan anak-anak muda parti pembangkang. Sebaliknya, Restoran Nasi Kandar Kas- sim Mustaffa, Nasi Kandar Khalel dan Nasi Kandar Pelita Samudera di Seberang Jaya dipenuhi rombongan pemimpin UMNO negeri-negeri yang asyik bercerita perihal pemilihan parti. Di sebalik deraian tawa, di satu lokasi di Permatang Pauh, jentera parti lawan sibuk, bertungkus lumus menyusun strategi bekerja keras untuk kemenangan.
Kemeriahan 'mat-mat rempit' berselubung bendera parti 'mata' dan kesungguhan mereka 'berselimutkan' hujan gerimis dan kesejukan malam meruntun hati penulis.
Barangkali inilah jawapan kepada kempen ketinggalan zaman yang perlu dirobah oleh UMNO.
baldimerah :: parti orang tue..ntah bile nk berubahnye..ehe~~~
Sapa baca sila komen ye.. tekan no nih...yang kaler putih neh ---------------------------↓↓↓↓
Comments
org yg penah rasa susah akan appreciate apa yg dia dpt. At least the 'SCAR' will remind us.