Sejarah ditulis oleh mereka-mereka yang menang

“Sejarah ditulis oleh mereka2 yang menang”

Walaubagaimanapun, selepas hampir 50 tahun kita merdeka, semakin banyak maklumat2 yang diputar belit dan dipadamkan dari sejarah kita kini telah terbongkar hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh pengkaji2 tempatan. Antara fakta2 yang tidak diketahui ramai & tak terdapat dalam buku2 teks sejarah di sekolah :

1) Siam dan Thai adalah 2 kaum yang sama sekali berbeza bahasa, agama dan bangsa. Sejarah kegemilangan silam Kerajaan Siam sebenarnya adalah sejarah Melayu-Islam sebelum puak Sukhotai menjajah Ayuthia, merampas harta benda serta mendakwa mereka menjadi pewaris kerajaan Siam. Setelah menguasai hampir keseluruhan Segenting Kra, mereka menukar nama negara mereka dari Siam kepada Thailand. Bahasa Siam yang dituturkan oleh rakyat di negeri2 utara negara kita sama sekali berbeza dengan Bahasa Thai di Thailand.

2) Merong Maha Wong Ser, pengasas Negeri Kedah sememangnya wujud dan telah sedia Islam. Beliau merupakan cucu kepada Maharaja Sai Tee Sung dari Dinasti Tang di China.

3) Long Jaafar, yang kita tahu individu yang menjumpai bijih timah di perak (macam iklan Digi) sebenarnya adalah Maharaja terakhir Benua Siam Islam Nagara Kedah yang pernah menguasai seluruh semenanjung Tanah Melayu. Gelaran beliau ialah Sultan Jaafar Mud Azam Syah dan mati dibunuh tentera Thai pada tahun 1876.

4) Semenanjung Tanah Melayu yang ada pada hari ini sebenarnya hanya tinggal separuh. Semasa peperangan Musuh Bisik 1821, 10 buah negeri2 Melayu dari Chieng Mai hinggalah ke Pattani telah jatuh ke tangan tentera Thai dan raja2 Melayu di negeri2 tersebut telah dibunuh.

Dan banyak lagi fakta2 menarik mengenai sejarah negara yang boleh kita dapat. Sila layari website ni http://sejarahnagarakedah.blogspot.com



"Historical reality is often too bitter to swallow or too hot to stand. History is a large mirror that reflects the facts of the past, and all that has been etched into the glass of history can never be erased.If you don't like a particular historical fact, you may try to cover it up or forget it, but you can never remove it. An historical fact can be interpreted in a variety of ways, but regardless of the interpretation, the fact will never change".,
________________________________________________________________

BALDIMERAH: Sebenarnya saya dapat artikel ni dari kawan saya, dia forward ke dalam email saya..so saya pun macam biasa la 'cut n paste' kat cni..(simptom malas nak digest dan tulis balik..hahahahha) BTW, best juga baca blogg ni :: http://sejarah negarakedah.blogspot.com

..tapi agak2 la negara kedah, tau la mb orang pas skang..x payah la bubuh negara kedah..hahaha..takpelah, saya keturunan jawa tiada kena mengena dengan siam..majapahit adalah kot..hahahaha..tapi tu bukan 'point' saya yang sebenar.

Kadang bila saya jenguk anak2 buah saya, budak2 sekolah zaman sekarang, sudah tiada lagi dalam bacaan mereka cerita sang kelembai, pak pandir, pak kaduk apatah lagi hikayat hang tuah mahupun sejarah melayu. Semua cerita-cerita rakyat seolah-olah sudah pupus dan digantikan dengan 'harry potter' dan lain2 lagi. Itupun kalau mereka baca buku, kalau yang jenis tgk tv sahaja, lagila kartun ultraman, doraemon(my fav too till now..huhuhu) dll.. mana ada pon usop sontorian lagi, anak2 sidek ke, x pon budak kampung(susah nk tgk budak kampung kalau xda astro).. Mungkin kerana globalisasi maka cerita rakyat yang disuakan kepada bakal generasi akan datang juga juga bersifat gobloklisasi.. Maka hasilnya jadilah kecelaruan identiti dan jiwa.

Apa pon, masa berlalu dengan cepat, dunia semakin berubah, tapi pernahkah kita terfikir bahawa sejarah kitamelayu semakin terpadam. Saya pernah berkesempatan di campak untuk 'berkhidmat di luar bandar'(kononnye lah) untuk dua minggu di perak, dan saya sendiri melihat makam2 lama dan juga peninggalan orang2 kaya dahulu yang terbiar di tengah ladang kelapa sawit.

Tiada siapa yang ambil tahu, inikan pula rumah tua milik seorang nenek di tengah bandaraya kuala lumpur dihimpit oleh deretan kedai milik kaum lain (area jalan raja laut kot kalau x silap). Sedarkah kita sejarah hidup mati orang melayu zaman dahulu kala kian dipadam? Tahukah orang nama asal UMNO adalah pekembar, dan dalam draf pembinaan kLcc, orang merujuk KLCC adalah PBKL (tahu PBKL tu ape) ? Sedarkah orang2 yang mendakwa dirinya melayu Islam sekarang sedang bertelingkah merebut kuasa yang akhirnya memusnahkan bangsanya sendiri? sedarkah kaum lain kini sudah mula mampu untuk menguasai satu-satunya tanah terakhir asal usul milik melayu yang masih tinggal?

Orang mempertikaikan sejarah melayu, tiada orang melayu membelanya? Apa cerita sejarah melayu cuma bermula ketika negara hampir merdeka sahaja kah? Semasa raja2, ketua politik dari semua kaum menandatangani dan bersetuju dengan kontrak sosial dan tolak ansur orang melayu? apa yang berlaku sebelum itu, semasa, sebelum dijajah, sebelum melaka wujud? Tahu asal usul (root) orang Melayu. Tidak ramai yang tahu, sebab tiada siapa yang berusaha memberitahu. Kenapa tidak beritahu, sebab tidak bangga dengan asal usul sendiri atau mungkin sebab kerajaan tidak bagi royalti kepada mereka yang berusaha. Ataupun mungkin sejarah adalah sesuatu yang tidak menguntungkan, membosankan dan ketingalan zaman..

Eceh..sekali panjang pulak ha aku taip, 330 am dan aku masih tidak dapat tido. BTW (suke beno aku pakai BTW ni), ada satu buku aku cadangkan pada yang membaca untuk cari dan baca "The Malay civilisation" dikarang oleh Arof Ishak. Menarik juga baca itu, ada 2-3 buku lagi tapi saya lupa tajuk dia apa, sebab pinjam dengan orang.

Apapun, saya mengharap (dan ramai juga yang mengharap) dengan keadaan sekarang ini, kita berusaha mencari titik perdamaian dan kembali bersatu. Dah muak dah tgk gaduh tak habis2.. Bile nak baiknye.. Agaknye kene tunggu ada macam cikgu disiplin masa sekolah dulu, panggil yang gadoh ni duduk depan perhimpunan, lepas tu lempang masa perhimpunan. Dulu boleh, sebab tu ramai produknya sekarang ni menjadi.. Tapi sejak awal 90 han dulu, cubit sikit dah naik mahkamah, repot polis, hasilnya jadilah sirempit yang kononya bangga mereka hero, tapi hero dijalanan (i'll try to write on this later). Okelah.. shalo bebeh..dah nak siang balik ni..aku x tdo lagi..besok perhimpunan nak mngadap orang no 1..x kan aku nk tdo depan dia..huwarghhkksss..~~~

Comments

Erin said…
Thanks great postt

Popular Posts