MELAYU MUDAH LUPA

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan

dari melihat bangsaku dijajah

Tidak ada yang lebih menyedihkan

dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya

sejarah silam tiada maknanya

sekiranya bangsa tercinta terpinggir

dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa

para pejuang kemerdekaan

bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa

selangkah beerti mara

mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatihasalkan langkah itu yakin dan cermat

bagi memastikan negara

merdeka dan bangsa terpelihara

air mata sengsara

mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan

rupanya lebih sukar dari bermandi

keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan

kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,

mengangguk dan membenarkan,

kerana sekalipun bangganya negara

kerana makmur dan mewahnya,

bangsaku masih melata

dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita

meneruskan perjuangan kemerdekaan kita

kerana rupanya selain memerdekakan,

mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

bukankah sejak zaman berzaman

mereka menjadi pelaut,

pengembara

malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,

menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan

ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung

samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi

wira serantau yang tidak mengenalerti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku

berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai

melupakan kegemilangan silam

dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya

bagi memartabat dan

memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya

akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan

buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

kerana masa depan belum tentumenjanjikan syurga

bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai

kerana hanya yang cekal dan tabah

dapat membina mercu tandabangsanya yang berjaya


Dr. Mahathir MohamadMei 1996

Comments

Popular Posts

Invitation to participate in a research study entitled: Nuclear Power Generation in Malaysia; What is your opinion? / Jemputan kepada ahli di dalam organisasi anda untuk menyertai kaji selidik: Tenaga Nuklear di Malaysia; Apa pendapat anda?

Invitation to participate in a research study entitled: Nuclear Power Generation in Malaysia; What is your opinion?   We are inviting the personnel in your organization to participate in this study, which is intended to capture the various opinions of Malaysian public with different background regarding nuclear energy.  2.         The objectives of this survey are:  2.1   To determine the level of awareness and perception of Malaysian Citizens on nuclear power generation.  2.2   To evaluate Malaysian public knowledge and support regarding nuclear power development in Malaysia and Asean countries.  2.3   To establish a baseline in formulating effective strategies to enhance understanding of public and policymaker regarding national nuclear energy development.  3.         This survey consists of a set of 36 questions,...

jokes for the soul

Husband: I found Aladin's lamp today. Wife: wow, what did u ask for darling?? Husband: I asked him to increase your brain ten times.. Wife: oh..darling..luv u so much.. Did he do that?? Husband: He laughed and said multiplication doesn't apply on zero. Employee: Sir You are like a lion in the office! What about at home?? Boss: I am a lion at home too, But Goddess Durga sits on the lion there! A man gifted his wife a diamond necklace for their anniversary and wife didn't speak to him for 6 months. Was the necklace FAKE? Nooooo! That was the deal :) A couple was having dinner at a fancy restaurant. As the food was served, the husband said, "the food looks delicious, let's eat." Wife: honey.....you say prayer before eating at home. Husband: that's at home sweetheart......here the chef knows how to cook!!  All new Rocking SARDARS back again!! Interviewer: what is your birth date? Sar...