Mengenali kelebihan Melayu

Mengenali kelebihan Melayu
Oleh KHAIROL ANUAR MASUAN
KITA pasti teruja untuk melihat kejayaan Arrifin Abdul Aziz menjadi pelayar kedua mengelilingi dunia. Bekas anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia ini sedang berusaha gigih untuk mencapai impiannya.

Namun, apa yang lebih menarik ialah kecekalan beliau untuk mengharungi lautan itu nanti. Penulis ingin juga mengimbas kembali siapakah orang Melayu di kaca mata ahli akademik Barat.
Pernah suatu ketika penulis berbincang hebat tentang orang Melayu dengan seorang sejarawan dari Poland iaitu Prof. Dr. Ataullah Bogdan Kopanski.

Prof. Kopanski ada mengatakan pernah suatu ketika dia melihat orang Melayu seperti ‘layu’. Nampak seperti tidak bertindak apa-apa bila berdebat atau ingin menyatakan sesuatu. Berbanding dengan orang lain, kita jauh terlalu lembut atau ‘layu’. Pada pandangan penulis mungkin ada benarnya.

Namun setelah berada lama di Malaysia barulah Prof. Kopanski faham siapa orang Melayu. Rupa-rupanya orang Melayu sangat tidak suka berdebat dan bercakaran. Kalau suasana agak ‘panas’ maka akan dicari aktiviti supaya terlupa sekejap, contohnya makan atau minum dulu. Ini satu kelebihan yang sungguh dalam sehingga ke peringkat budaya. Soalnya sekarang mengapakah kita tidak melihat ini sebagai satu kelebihan kita? Sungguh malang apabila sudahlah kita dibodoh-bodohkan oleh penjajah tetapi lebih malang jika kita sendiri tidak kenal diri kita.

Berbalik kepada soal pelayaran tadi, seorang pengkaji orang Melayu John Tiffany dalam artikelnya bertajuk “The Malays-A People of Fascinating Divisions.” Pengarang artikel ini merujuk orang Melayu sebagai “The Viking of the Orient.” Orang Melayu dikenali sebagai pembina kapal laut, pelayar yang hebat, berenang bagaikan ikan di air, dan merentasi separuh dunia sebelum penjajah menemui mereka.

Lebih mengagumkan pengarang mengatakan orang Melayu menganggap lautan itu tempat bermain sedangkan orang putih cukup takut dengan laut. Orang Melayu juga dianggap pelayar teragung dan juga pedagang.

Namun sebagai ahli psikologi penulis amat tertarik apabila dikatakan orang Melayu mempunyai seni pelayaran yang dipanggil “psycho-navigation.” Ia boleh dianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa lain di dunia. Psycho-navigation bermaksud orang Melayu boleh bersampan dari satu pulau ke pulau lain tanpa alat bantuan pelayaran. Namun mereka boleh berbuat sebegitu seperti halnya memandu di lebuh raya. Orang Melayu dikenali boleh membina kapal laut, perahu, dan juga sampan tanpa menggunakan pelan.

Segala binaan perahu itu juga menggunakan apa yang penulis istilahkan psycho-shipbuilding. Bagaimanakah kecerdikan ini boleh terjadi? Marilah kita sama-sama menggali kembali kehebatan kita. Semoga kita dapat menemuinya dan pelayaran Ariffin adalah salah satu daripadanya. Semoga berjaya.

Comments

Popular Posts

Invitation to participate in a research study entitled: Nuclear Power Generation in Malaysia; What is your opinion? / Jemputan kepada ahli di dalam organisasi anda untuk menyertai kaji selidik: Tenaga Nuklear di Malaysia; Apa pendapat anda?

Invitation to participate in a research study entitled: Nuclear Power Generation in Malaysia; What is your opinion?   We are inviting the personnel in your organization to participate in this study, which is intended to capture the various opinions of Malaysian public with different background regarding nuclear energy.  2.         The objectives of this survey are:  2.1   To determine the level of awareness and perception of Malaysian Citizens on nuclear power generation.  2.2   To evaluate Malaysian public knowledge and support regarding nuclear power development in Malaysia and Asean countries.  2.3   To establish a baseline in formulating effective strategies to enhance understanding of public and policymaker regarding national nuclear energy development.  3.         This survey consists of a set of 36 questions,...

jokes for the soul

Husband: I found Aladin's lamp today. Wife: wow, what did u ask for darling?? Husband: I asked him to increase your brain ten times.. Wife: oh..darling..luv u so much.. Did he do that?? Husband: He laughed and said multiplication doesn't apply on zero. Employee: Sir You are like a lion in the office! What about at home?? Boss: I am a lion at home too, But Goddess Durga sits on the lion there! A man gifted his wife a diamond necklace for their anniversary and wife didn't speak to him for 6 months. Was the necklace FAKE? Nooooo! That was the deal :) A couple was having dinner at a fancy restaurant. As the food was served, the husband said, "the food looks delicious, let's eat." Wife: honey.....you say prayer before eating at home. Husband: that's at home sweetheart......here the chef knows how to cook!!  All new Rocking SARDARS back again!! Interviewer: what is your birth date? Sar...