Friday, March 02, 2012

They say picture can tell more than a thousand words.

They say picture can tell more than a thousand words.

Hope Springs Eternal

Photos that are impossible to look indifferently

Cat's House

Photos that are impossible to look indifferently

Extreme

One of the best photos on the version of Red Bull Illume 2010

Photos that are impossible to look indifferently

Ordinary Miracle

The little boy is going to ask Santa to his father returned from Iraq. He does not know that his wish will come true right now ...

Photos that are impossible to look indifferently

"Thank you" to veterans

Photos that are impossible to look indifferently

Feats of priceless

Photos that are impossible to look indifferently

A faithful friend

Photos that are impossible to look indifferently

Russian Forest

This picture consists of 365 photographs that were made each day from the same place.

Photos that are impossible to look indifferently

The passage of time

Photos that are impossible to look indifferently

Neighbors

Photos that are impossible to look indifferently

On the roof

Photos that are impossible to look indifferently

Fright

Photos that are impossible to look indifferently

Jesus saves

Photos that are impossible to look indifferently

High five

Photos that are impossible to look indifferently

Japan

Photos that are impossible to look indifferently

Love your enemies

Photos that are impossible to look indifferently

The struggle for supremacy

Photos that are impossible to look indifferently

The sergeant, his wife and their unborn child

Photos that are impossible to look indifferently

Mum

Photos that are impossible to look indifferently

Sperm whale

Photos that are impossible to look indifferently

The future artist

Photos that are impossible to look indifferently

Farewell

Photos that are impossible to look indifferently

When the hard work scares

Photos of children's choir from North Korea. Diligence and discipline - it is certainly good. But in this case for the children a little scary.

Photos that are impossible to look indifferently

Grandma's care

To ears were freezing.

Photos that are impossible to look indifferently

Cuckoo!

Photos that are impossible to look indifferently

2012

Photos that are impossible to look indifferently

Who are you?

Photos that are impossible to look indifferently

Panda in the plane

Panda on the way to the zoo in Edinburgh.

Photos that are impossible to look indifferently

Filming Titanic

Photos that are impossible to look indifferently

Cartoons like all

Photos that are impossible to look indifferently

Love knows no age

The celebration of March 8 in Belgrade.

Photos that are impossible to look indifferently

Smoking - harm

Photos that are impossible to look indifferently

Pal

"My 3-year-old son Charlie, - says the author of a photo - made friends with this caterpillar and calling it not only as Lumbricidae-dog."

Photos that are impossible to look indifferently

Forests of giant sequoia

Photos that are impossible to look indifferently

Man dog friend

Photos that are impossible to look indifferently

Leaf fall

Grandfather says goodbye to his grandson.

Photos that are impossible to look indifferently

__._,_.___

Sent from my iPad

Note: When forwarding this email, please have the courtesy to respect the privacy and confidentiality of the sender by deleting all previous email trails and addresses before you proceed to forward this email to others. This will also possibly help avoid your mailbox from SPAM

Dapur gas IPhone

Police sealed off the Chinese city of Wuhan, two stores of gas stoves, forged products for Apple. At the front of the packaging and label plates was listed the iPhone and the Apple logo shows a green color. The certificate of conformity of these unique plates specified manufacturers - Apple China Limited. 








__._,_.__
__,_._,___

Akidah terpesong jika percayakan al-Quran sekadar penghalau hantu !!


MASYARAKAT kini dimomokkan ayat al-Quran untuk 'menghalau hantu', sedangkan Islam mahu umatnya mengetahui keseluruhan al-Quran. Paling malang, anak kecil jadi takut ke bilik air selepas menonton cerita seram

HAMPIR setiap hari kita dihidangkan cerita seram sama ada drama di kaca televisyen, atau filem di layar perak hingga menjadi fenomena baru dalam industri filem tanah air. Penerbit berlumba-lumba menerbitkan drama dan filem seram kerana percaya bakal mendapat sambutan dan mempunyai khalayak yang sentiasa ternanti-nantikan cerita seumpamanya. Filem seram walaupun mendapat sambutan hebat, mewujudkan kebimbangan ia boleh memesongkan akidah kerana terlalu percaya bahawa kuasa ghaib ini boleh 'membantu' manusia mencapai hajat merekaSebahagian besar masyarakat kita juga seolah-olah ketagih untuk menonton filem seram kerana rasa takut menyeronokkan dan terhibur sekali gus melupakan seketika masalah dihadapi.

Menonton filem seram umpama makan cili api atau makan sambal belacan, walaupun pedas sehingga mengalir air mata, namun terus dijamah, kata pendakwah bebas, Datuk Zawawi Yusof.Menurutnya, filem seram memberikan keuntungan besar kepada penerbit dan pada masa sama menjadi satu gejala kerana menimbulkan ketakutan melampau kepada orang ramai terutama kanak-kanak.Beliau yang juga pakar motivasi, berkata kesan emosi kepada penonton begitu kuat seperti takut di tempat sunyi dan gelap, jika ada kedengaran bunyi atau berlaku sesuatu mereka terus beranggapan wujud makhluk halus."Jin atau hantu yang dipaparkan dalam filem dilihat mempunyai kuasa hebat sehingga boleh menguasai apa saja dan membuat anak takut pada kehidupan harian kerana percaya di sekeliling mereka ada kuasa jahat.

"Filem seram juga membuka ruang kepada golongan tertentu untuk mencari bomoh termasuk yang mengamalkan ilmu hitam kononnya dapat menghalang kuasa jahat lain juga di kalangan jin dan iblis, sepatutnya kita takut kepada kuasa Allah SWT," katanya.Lebih malang, masyarakat melihat ayat al-Quran hanya digunakan untuk menghalau hantu, sedangkan al-Quran diturunkan sebagai panduan hidup manusia sejagat.Beliau berkata, disebabkan penggunaan ayat al-Quran dipaparkan sebegitu, sesetengah umat Islam hanya mempelajari ayat yang dapat menghalau hantu seperti ayat Kursi sehingga kurang minat mempelajari ayat suci lain.

Katanya, minda masyarakat kini dikongkong hasil menonton filem seram dan penerbit filem terus mengambil kesempatan menghasilkan filem seumpamanya. Beliau berharap penerbit filem juga menghasilkan filem yang membina pemikiran masyarakat terutama mengandungi unsur positif."Penerbit filem seram juga wajar mendapat pandangan mufti dan alim ulama bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan akidah Islam dan dapat memberi pengajaran kepada penonton," katanya.

Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata filem seram menyebabkan ketakutan bebas atau open fear di kalangan masyarakat sehingga memberi kesan psikologi terutama kanak-kanak.Beliau berkata, ketakutan bebas membantutkan sikap positif. Sebagai contoh jika kanak-kanak rajin seperti membantu keluarga ke kedai, tetapi kini mereka tidak mahu melakukannya kerana bimbang dalam perjalanan di tempat gelap diganggu hantu. Kesan menonton filem seram akan melekat dalam pemikiran mereka seperti wajah hodoh hantu dan ia tertanam dalam kotak rujukan dalaman seseorang.

Dr Mohd Fadzil berkata, ketika era 60-an, 70-an dan 80-an, kita dihidangkan dengan filem seram yang hanya menunjukkan gambar rupa hantu menakutkan dan dirasuk, tetapi era kini ia menjadi lebih sadis dan tragis dengan berlaku pembunuhan.Malah, katanya, keadaan sama wujud dalam filem seram yang dihasilkan di negara jiran dan filem Barat dengan wujud elemen tahyul seperti pari-pari, bidadari, haiwan boleh bercakap yang jelas boleh menimbulkan kecelaruan dalam dunia nyata."Saya melihat dalam filem seram tempatan akan juga berlaku perkara yang sama kerana ia sudah pasti satu fenomena kurang baik kepada masyarakat dan jika orang ramai mempercayainya ia akan menjadi khurafat," katanya.

Jika diamati ada benarnya pendapat dua pakar ini kerana apabila dirujuk kembali beberapa filem seram kebelakangan ini, sudah ada elemen yang mencurigakan dan boleh dipertikaikan, malah lebih teruk, mungkin juga boleh memesongkan akidah. Apa tidaknya, sering dipaparkan kemampuan hantu membunuh manusia.Persoalannya, benarkah hantu boleh membunuh dan mengambil nyawa manusia? Bukankah hantu adalah syaitan dan berdasarkan kisah iblis, ia hanya berjanji untuk menyesatkan anak Adam, bukan membunuh anak Adam dan bukankah urusan membabitkan nyawa adalah milik Allah.Itulah yang mungkin perlu diberi perhatian.

 Mereka yang gemar menonton filem seram mungkin kuat tertanam dalam minda mengenai kehebatan dan kekuatan kuasa. Benar, semua kesudahan filem seram menunjukkan kebaikan mengatasi kejahatan tetapi ceritanya pula menunjukkan sebaliknya apabila ramai nyawa terkorban kerana kehebatannya.Senario ini perlu diberi perhatian. Mungkin benar, filem seram adalah fenomena dunia dan ia genre popular tetapi tidak salah jika penerbit dan pengarah filem menggarapnya sebaik mungkin supaya tidak tersasar daripada akidah sebenar

Oleh Ridzuan Yop dan Azrul Affandi

 

Sent from my iPad
__,_._,___