Thursday, April 21, 2011

Melayu Bangsa Yang Hilang



Sent from my iPhone OS4


Kebangkitan dari Timur : 
Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)
Tahukah anda sebenarnya orang Melayu telah wujud sejak zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan Israel Raya naik memerintah? Kerajaan ini adalah antara kuasa besar dunia ketika itu, malah kuasa dunia utama yang tidak terkalahkan. Sejak zaman-berzaman, pengetahuan tentang emas dari Nusantara telah terakam dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno dan ini memandu kepada penjelajah Eropah seterusnya untuk mencari 'The King Solomon's Mines' yang sebenar.
Tidak ada satu tempat di dunia yang dirakam dalam peta-peta kuno sebagai 'bumi emas' mahupun 'semenanjung emas', selain bumi di mana orang Melayu tinggal. Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal juga dijoloki sebagai 'Pulau Emas'. 
"Dari mana kita tahu bahawa bumi kita ini telah disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya?"
Melalui kitab-kitab Hindu seperti Purana. Kitab-kitab Sanskrit ini pula mengambil cerita-cerita atau hikayatnya dari kitab-kitab lain yang lebih kuno, terutamanya dari kitab Avestan, iaitu dalam bahasa Parsi Kuno. Di dalam kitab Avestan ini pula tercatat kisah-kisah Raja Babylon dan peperangannya dengan jiran sekitar, antaranya Kerajaan Israel Utara, Kerajaan Samirah juga Judah. Selepas perpecahan Empayar Israel Raya, dan perluasan kuasa oleh bangsa Chaldea dan Emperor-emperor Babylon, kisah 'syurga emas dari Timur' meniti di bibir-bibir dayang-dayang di Etemenanki dan Gerbang Ishtar. Mereka memandang perhiasan Haikal yang bergemerlapan dan tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini diperolehi oleh Bani Israel.
"Tahukah para pembaca semua, bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal di Kepulauan Filipina dan sekitarnya masih mengekalkan begitu banyak kosa kata Ibrani Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan (Phoenicia)?"
Penulis akan memetik sebuah legenda dahulu kala, dimana seorang raja yang memerintah bumi Melayu beribu-ribu tahun dahulu. Dan peradaban raja ini menjadi inspirasi kepada para pembina piramid di Mesir dan Amerika Tengah. Segala aura Ketuanan Melayu berasal dari raja misteri ini dan dia berkuasa mutlak ke atas tanahairnya. Raja ini amat gagah dan tidak berputus asa melawan segala musuh durjana.

Sebelum itu, ada perkara tertinggal dan penting untuk anda tahu. 'Wangsa Malayu'. Di dalamnya ada gulungan-gulungan watikah yang bertulis dinasti-dinasti Melayu Kuno seperti Dinasti Teratai, Dinasti Seroja, Dinasti Mala, Dinasti Raja Gunung hingga kepada Dinasti Sriwijaya. Sebelum 300 tahun SM kita tidak tahukah apakah dinasti-dinasti Melayu yang memerintah Nusantara ini. Sehinggalah catatan-catatan pada tembok kuil di Mesir dan tulisan pada Makam Raja-raja mengesahkan nama satu dinasti purba dari 'Tanah Nenek Moyang'.
"Sila lihat satu peti kecil di dalamnya. Ya...Matahari."
THE CHRONICLES of the SUN (MATAHARI)


"Others say that he is Heru-ur (the Old Horus), who dwelleth in Sekhem; others say that he is Thoth; others say that he is Nefer-Tem; and others say that he is Sept who doth bring to nought the acts of the foes of Nebertcher"
(Papyrus of Nebseni, The Egyptian Book of The Dead)

sejarah bangsa Melayu secara kontemporarinya hanya diketahui seawal Sriwijaya. Paling awal pun, kerajaan Champa di Vietnam kini (sejak Funan masih menjadi perdebatan). Oleh kerana orang Champa dahulu bertempat di Vietnam yang kini menjadi sebahagian dari Indochina, maka anak-anak Melayu mungkin tidak menyedari terdapat suku Melayu yang membuka kerajaan yang memiliki peradaban maju di Vietnam. (Orang melayu sendiri kebanyakannya suka menghabiskan masa dengan pelbagai hiburan) Suku Melayu Cham ini mempunyai bahasa yang secara linguistiknya cenderung kepada bahasa-bahasa Austronesia berbanding jiran-jirannya seperti Mon-Khmer atau Sino-Tibetan. Orang Champa punya kaitan rapat dengan suku-suku Melayu yang lain. Sebab itu apabila raja-raja Champa memeluk Islam, anehnya, selepas itu raja-raja Melayu di Sumatera, Borneo dan Semenanjung mula mengikut jejak raja Champa.
Ia menunjukkan pertalian antara Champa dengan dunia Melayu bukan sekadar bahasa tetapi talian persaudaraan. Raja Khmer, Thai mahupun Burma tidak pula memeluk Islam, berbanding Raja Patani atau kerajaan di dunia Melayu yang lain.
Apabila seseorang mendapat hidayah dan kebenaran, sudah tentu dia mahu mengkhabarkannya kepada saudara-saudaranya. Inilah yang berlaku kepada raja-raja Champa yang menghantar para mubaligh agama ke serata Nusantara untuk membantu menyebarkan Islam. Kadangkala kita keliru, dengan budaya Champa ini. Kadang-kadang apabila disebutkan peranan mubaligh Champa kebanyakan kita tersilap dengan mentafsirkannya kepada mubaligh dari Cina. Suku Melayu Champa memang rata-ratanya berkulit cerah dan memiliki mata sepet disebabkan kahwin campur dengan orang Cina, Mon atau Khmer.
Kadang-kadang apabila terdapat senibina Champa di dalam masjid-masjid lama, kita cenderung mengatakan ia adalah senibina masjid Cina. Sejarah Champa lebih dekat dengan negeri Kelantan. Pendakwah-pendakwah awal di Kelantan dulu banyak datangnya dari Champa. Perkataan Melayu purba juga kebanyakan punya persamaan dengan bahasa Champa. Salah satu perkataan yang terkenal adalah 'orang'. Pada satu prasasti abad ke-2 Masihi milik kerajaan Champa ditemui perkataan 'eurang' merujuk kepada manusia terukir dalam tulisan aksara.
Di dalam lagenda Melayu Indochina, pada zaman dahulu terdapat satu kaum yang asyik berperang dengan dinasti China di utara. Akhirnya kaum ini menang perang dan membuat sempadan negara untuk mengelakkan raja China mengganggu lagi tanah-tanah kaum ini. Kaum ini digelar Jawaka dan merupakan pewaris kepada satu tamadun purba yang hilang di Indochina. Kaum Jawaka ini muncul dalam teks-teks kuno Sri Lanka berbahasa Pali, catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi serta riwayat-riwayat dinasti China. Anehnya kaum Jawaka ini punya rujukan silang yang bertindan dengan nama 'Melayu' di mana raja Melayu bagi dinasti Seroja (Pathomwangsa) di Tambralingga juga disebutkan di dalam riwayat berbahasa Pali sebagai 'raja Jawaka'. Dalam log-log istana Maharaja China juga menyebutkan nama 'Mo-lo-yu' atau 'Ma-li-yue' merujuk kapada Zabag, sebuah kerajaan maritim yang unggul di laut selatan.Zabag pula adalah istilah para pedagang Arab dan Parsi, berasal dari perkataan 'Jawak' iaitu Jawaka.
Lihat, mengkaji sejarah Melayu memerlukan kita meneropong dari banyak sumber. Jika tidak, kita akan gagal mencantum sebegitu banyak misteri yang tersembunyi dalam sejarah KeMelayuan. Kita tidak boleh menggali sumber-sumber dari dalam Malaysia atau Indonesia sahaja, tetapi mesti menerawang hingga ke seluruh pelusuk dunia. 'Profesion' purba bangsa Melayu sebagai pelaut, pengembara dan pedagang adalah masalah terbesar untuk kita menggapai sejauh mungkin tarikh-tarikh yang ada. Orang Melayu gemar membina negarakota-negarakota di merata tempat dan apabila kalah berperang, mereka segera berpindah ke tempat lain. Segala peradaban dan kesenian tinggalan orang Melayu tadi menjadi milik orang lain.
Angkor Wat Temple (Gambar ehsan : National Geographic)
Salah satu binaan yang terdapat di Angkor Wat
Atas sebab itulah  'bekas-bekas' tangan bangsa Melayu berada di tempat lain. Contohnya di Kemboja. Para sejarahwan mereka mengakui bahawa dinasti-dinasti awal Kemboja adalah raja-raja Melayu, dan mengesahkan bahawa raja Khmer pertama ialah Jayavarman II yang menubuhkan Angkor, setelah bertahun-tahun belajar sistem pentadbiran dari dinasti Melayu Sailendra di bawah naungan Emperium Sriwijaya. Sebelum penubuhan Angkor, kerajaan orang Khmer adalah Chenla dan ini adalah kerajaan di utara Kemboja. Chenla menjadi dominan setelah berhasil menakluk Funan melalui taktik perkahwinan kerabat diraja. Kemudian Chenla telah dikalahkan oleh Sriwijaya dalam peristiwa 'Kepala Maharaja Zabag' yang popular itu, terakam dalam catatan pengembara Arab, Mas'oudi dan riwayat-riwayat Buddha di Kemboja. Chenla dikalahkan melalui serangan laut dengan beratus-ratus kapal perang dihantar oleh Maharaja Sriwijaya. Sebab itu sebagai taktik, Jayavarman II yang belajar dari kesilapan Chenla, telah memindahkan ibukota kerajaan barunya jauh ke daratan, untuk mengelakkan serangan dari laut.
Gambaran pelukis empayar Melaka suatu ketika dahulu
Orang Melayu khususnya di Malaysia sememangnya tidak biasa mendengar tentang Srivijaya berbanding Melaka hanya kerana sejarah Kesultanan Melaka jelas dan masih baru berbanding usia lebih 1000 tahun Empayar Sriwijaya. Satu faktor yang pasti ialah pelabuhan Melaka amat terkenal di sebelah Barat sehingga mendapat jolokan 'Venice Timur' kerana kekayaannya. Di era Kesultanan Melaka jugalah, orang Melayu mula belajar berdagang dengan bangsa-bangsa Eropah yang mula menemui jalan laut ke Timur. Kejatuhan Melaka juga berpunca daripada orang Eropah dan ini menguatkan lagi kewujudan Melaka melalui catatan-catatan orang Eropah. 
"Namun bagaimana sebenarnya kita tahu mengenai SRIWIJAYA?"
Dari pengembara Arab, Parsi, pedagang China dan India. Juga dari kaum-kaum Asia Tenggara yang lain seperti Khmer, Thai, Mon dan Burma.
Inilah harapan untuk kita belajar bagaimana nenek moyang kita membina satu empayar maritim BUKAN SEMUTLAKNYA DI ATAS PENGUASAAN TENTERA tetapi berdiri di atas HEGEMONI PERDAGANGAN DAN PRESTIJ.
Sejak diketahui bahawa terdapat satu empayar kuno yang pernah menguasai Asia Tenggara, sejarah orang Melayu seakan-akan naik lagi setakuk berdasarkan kronologi masa. Dahulu orang Melayu memikirkan bahawa mereka lahir dari Kesultanan Melaka. Sebelum itu, ada juga yang meracau-racau mengatakan berasal dari anak raja India atau berasal dari orang Cina berkahwin dengan India. Ada yang mengigau berasal dari Siam. Tetapi penemuan prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno, terutamanya Prasasti Kedukan Bukit menyingkap satu RAHSIA YANG AMAT BESAR. Orang Melayu sudah ada sebelum Kesultanan Melaka. Benarlah penjajahan merupakan vakum yang telah mengkuarantinkan orang Melayu dari mencapai sejarah agung mereka di luar kepompong sejarah Melaka.

Sejak itu para pengkaji sejarah, kebanyakannya dari luar dan sejarahwan Indonesia mula mengkaji tentang misteri empayar Sriwijaya. Semua 'puzzle' yang ditemui di Kemboja, Thailand, Indonesia, Malaysia dan Filipina akhirnya terjawab dengan kewujudan satu empayar 'thalassocracy' yang paling berpengaruh di seluruh Asia Tenggara. Kebingungan para pengkaji dan ahli arkeologi yang menemui prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat di samping gelaran-gelaran dinasti Melayu di Kemboja, Thailand dan seluruh Asia Tenggara serta para pembesar mereka di Filipina selesai dengan nama ini, Sriwijaya. Ketika para pengkaji luar sibuk meneliti empayar agung ini, para sejarahwan Malaysia masih duduk di dalam kepompong sejarah Melakanya bermalas-malasan. Lepas itu mengeluarkan kenyataan pelik bahawa orang Melayu tidak mampu bina kapal besar, malahan sanggup berhabis beribu-ribu ringgit membina replika kapal Flor de La Mar yang menyerang Melaka. Ini satu kedunguan para sejarahwan Malaysia. Sebab itu ada menteri Malaysia yang mengeluarkan kenyataan tidak berpelajaran mengatakan bahawa orang Melaka berperang hanya menggunakan tombak dan keris sahaja. Orang Melaka memang kalah dengan kuasa Portugis tetapi bukan sebab berperang dengan keris, tetapi dikhianati.
Tahukah anda bahawa beratus-ratus kapal pedagang, kapal perang atau kapal pelaut Sriwijaya masih tersadai di dasar laut Selat Melaka, Laut Champa (Laut China Selatan) dan sekitar Borneo? Tetapi ini hanya heboh di Indonesia. Ketika orang Melayu Malaysia mengetuk-ngetuk kepala menangisi kebodohan sejarah bangsa yang kononnya tidak mampu membuat sebatang jarum, pakar-pakar perkapalan Eropah telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.


Dari mana kita tahu kewujudan Sriwijaya? Dari para pengkaji luar. Goerge Coedes dari L'École française d'Extrême-Orient, sebuah institusi kajian sosio-budaya Asia telah menemui rahsia satu empayar maritim yang hilang ketika menafsirkan catatan-catatan kuno China berkenaan 'Sanfotsi' dan prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno berkenaan 'Sriwijaya'. Tidak ada bukti bertulis tentang Sriwijaya seperti kitab-kitab atau rekod dalam bahasa Melayu sebagaimana Kesultanan Melaka yang dirakan kewujudannya dalam Sulalatus Salatin. Kita hanya mengharapkan rekod-rekod dari dinasti-dinasti China serta bukti perdagangan seperti bangkai kapal atau artifak.Satu tindakan yang bijak oleh raja-raja dahulu ialah mereka senantiasa menghantar duta ke Negeri China untuk menjalin hubungan diplomatik.
Jika yang demikian bagaimana sebelum era Sriwijaya? Adakah orang Melayu hanya wujud ketika bermulanya Sriwijaya?
Tidak, kerana terdapat konsep 'city-states' Melayu yang berselerak di seluruh Nusantara sebelum era Sriwijaya. Terdapat kerajaan yang bernama Melayu di Sumatera yang mengeksport emas, juga kerajaan yang bernama Melayu di Segenting Kra. Terdapat juga kerajaan purba di Pahang yang dicatat dalam rekod Maharaja China, juga tercatat nama 'Dungun' sebagai satu pelabuhan kuno dalam senarai pelabuhan pada satu rekod China Purba sekitar 1 Masihi.
Kita tidak tahu bilakah sebenarnya Sriwijaya bermula kerana rekod dari I-Tsing itu adalah ketika Sriwijaya mencapai tahap kemuncaknya. Apa maksud dari semua misteri ini?
"SEBENARNYA SEMAKIN DALAM KITA MENGKAJI SEJARAH MELAYU, SEMAKIN JAUH KITA MENGGAPAI MASA SILAM. Dan sejarah Melayu mampu ditelusuri sehingga ke zaman Mesir Purba!"

Mengapa begitu? Charles Robert Jones, seorang ahli American Research Center di Mesir telah menemui bahawa terdapat pengaruh Mesir Purba di dalam beberapa sisi budaya Melayu. Pertama sekali bahasa terutama bahasa Melayu Sumatera. Yang paling mengejutkannya ialah penemuan perkataan 'Maatheru' yang punya padanan ketara dengan perkataan 'Matahari'. 'Heru' adalah 'god-king' dalam tradisi Mesir Purba dan diterjemahkan kepada Horus dalam bahasa Greek. 'Maat' bermaksud 'eye' dalam bahasa Inggeris. Jones mendapati orang Mesir purba seolah-olah 'menyingkatkan' sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Contohnya 'baik' (good) menjadi 'bw/bai' dalam bahasa Mesir Purba. 'Hawa' (hot breath) menjadi 'hh' (diterjemah dari hiroglief). 'Agak' (approximately) menjadi 'aga'.

Mata (eye) menjadi 'maat'!
"Bagaimana orang Melayu menggabungkan perkataan 'maat' dan 'heru' menjadi 'matahari' yang merujuk kepada 'sun'? SIAPAKAH KITA SEBENARNYA?"
Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Melayu yang punya persamaan dengan bahasa Mesir Purba. Adakah pembina piramid adalah berasal dari suku Austronesia? Ini yang memeningkan para pengkaji American Research Center.
Terdapat rahsia besar di sini. Beribu-ribu tahun dahulu, terdapat hubungan yang erat antara Mesir Purba dengan The Land of Gods.

Kod-kod Rahsia dari The Valley of Kings
Terdapat banyak rahsia sebenarnya yang tidak mampu difahami oleh Egyptologist dan pengkaji sejarah Mesir Purba. Ini kerana mereka tidak punya pengetahuan pada masa yang sama tentang orang Melayu dan etnik-etnik Austronesia. Di Lembah Raja-raja, iaitu kompleks makam para Firaun,terdapat ukiran kapal-kapal besar yang dibina untuk perjalanan jarak jauh. Para pengkaji 'Ekspedisi Punt' kerap mengaitkan Punt terletak di Afrika, tepatnya di Somalia atau orang Phoenicia. Namun apa gunanya kapal-kapal besar itu? Orang Mesir Purba diketahui bukanlah pembuat kapal yang mahir dan sering dikhabarkan bahawa kapal-kapal Mesir Purba tidak dapat bertahan lama di laut dan sering tenggelam (kebiasaannya mereka membinanya dari batang-batang jerami). Jika Punt di Somalia, bukankah lebih senang membuat ekpedisi dengan berjalan kaki sahaja daripada mengambil risiko berlayar di Laut Merah? Namun gambar-gambar kapal besar di Luxor itu menceritakan rahsia besar hubungan keturunan raja-raja Mesir dengan apa yang dinamakan 'Tanah Nenek Moyang'.
Sebelum kita membongkar lagi rahsia dari Lembah Raja-raja, mari kita belajar bagaimana kod-kod rahsia dari hikayat-hikayat Melayu dapat dipecahkan. Sulalatus Salatin adalah teks semi-sejarah yang banyak menyimpan rahsia bangsa Melayu. Kesimpulan yang jelas dari teks ini ialah betapa hubungan antarabangsa orang Melayu pada masa dahulu amat signifikan dan terampil. Raja-raja Melayu menjalinkan hubungan diplomatik, menghantar duta, mengadakan perkahwinan dengan raja/puteri luar dan menerima kunjung hormat. Salah satunya Raja Suran. Raja Suran bukanlah orang Melayu tetapi satu raja purba yang keturunannya telah berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun, pemerintah Palembang.
"Siapakah Demang Lebar Daun?"
Baginda kemungkinan adalah pemerintah kerajaan Melayu yang kembali bebas atau pemerintah Dharmasraya setelah hegemoni Sriwijaya merosot. Raja Suran sering dikaitkan dengan Rajendra Chola I yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya. Dalam Sulalatus Salatin, Raja Suran adalah keturunan Raja Kinda Hindi yang telah dikalahkan oleh Iskandar Zulkarnain. Rajendra Chola pula keturunan Tamil-Dravidia. Bila disebut 'Hindi' maka kita mestilah membayangkan kerajaan-kerajaan utara India seperti Maurya, Gupta atau Pala. Setidak-tidak pun Empayar Kushan atau Gandhara.
Di dalam Purana dan Mahabharata, tercatat nama kaum-kaum utara yang dinamakan 'gerombolan barbarian' seperti Yavanas, Sakas, Pahlavas, Hunas dan Kambojas (terdapat banyak lagi seperti Parasikas, Kiratas) yang sering menyerang perbatasan utara India.Yavana atau Yona sebenarnya sebutan lidah Sanskrit kepada Ionia, wilayah yang terletak di Anatolia sekarang, dahulunya di bawah pengaruh Hellenistik Greek. Lidah Arab menyebutnya sebagai Yunani, dan ini diikuti oleh lidah Melayu. Hunas adalah kaum Hun, salah satu kaum gasar berkuda seperti Scythia atau Sakas dalam sebutan Sanskrit. Pahlavas ditafsirkan sejarahwan kepada Pahlavi atau Parthia, satu kerajaan barat laut Iran. Dan akhirnya Kambojas iaitu kaum Kamboja dari kelompok Aryan yang berbahasa Avestan.

Semua kaum-kaum utara ini (sama ada dipengaruhi oleh Hellenistik mahupun Parsi) kemungkinan adalah bayangan kepada 'Iskandar Zulkarnain' yang mengalahkan 'Raja Kinda Hindi'. Kemudian Iskandar Zulkarnain telah mengahwini puteri Raja Kinda Hindi. Keturunannya inilah melahirkan Raja Suran dan dari keturunan Raja Suran ini ada yang berlayar ke Sumatera dan berkahwin dengan anak raja Melayu.
Salah satu negeri yang diserang Raja Suran ialah Gangga Negara yang dikatakan terletak di Perak.Tetapi dalam Inskripsi Tanjore tidak disebut Gangga Negara atau Gangganagar sekalipun. Kewujudan Gangga Negara hanya diketahui dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa sahaja dan tiada prasasti yang menyebut nama kerajaan ini. Kajian oleh Colonel James Low pada tahun 1849 pula hanya menjejak satu kerajaan purba lain  iaitu Kerajaan Beruas. Kerajaan ini adalah lebih tua dari Kesultanan Melaka dan mungkin sezaman dengan Langkasuka. Beliau hanya mengagak bahawa terdapat satu kerajaan yang lebih tua dari Kerajaan Beruas ini.
"Apakah maksud dari semua ini?"
SEBENARNYA KISAH RAJA YANG MENEUTRALKAN MONOPOLI EMPAYAR-EMPAYAR MARITIM MELAYU TELAH BERLAKU BERULANG KALI.

Sebelum Rajendra Chola datang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya, cara yang sama juga telah digunakan oleh raja-raja sebelumnya setiap kali empayar maritim Nusantara memonopoli cukai dan perdagangan di Selat Melaka.
"Cuba teka, mengapa Portugis menyerang Kesultanan Melaka, satu lagi empayar maritim Melayu selepas Sriwijaya? MONOPOLI PERDAGANGAN REMPAH."
Raja Suran menyerang Tanah Melayu sehingga ke Temasek kemungkinan untuk memusnahkan monopoli satu empayar maritim sebelum Sriwijaya. Dalam Sulalatus Salatin, telah diceritakan Raja Suran kononnya mahu menundukkan China kerana semua kerajaan tunduk kepadanya kecuali China. Dalam perjalanan dari Benua Keling, Raja Suran telah berperang dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sehingga sampai ke Temasek. Sampai ke Temasek, raja Suran telah bertanya kepada para pedagang China yang singgah di sana berapa lamakah perjalanan ke negeri China. Namun pedagang itu yang tahu Raja Suran mahu menyerang negerinya telah membuat helah supaya Raja Suran membayangkan letaknya negeri China itu terlampau jauh. Setelah itu Raja Suran pun membuat satu peti kaca dan masuk ke dalamnya lalu ditenggelamkan ke dalam air. Selepas puas melihat dunia bawah air,diceritakan Raja Suran telah membuat satu batu peringatan yang menerangkan segala penaklukannya ke atas Tanah Melayu sehingga ke Temasek.

Menariknya, Batu Bersurat Singapura yang dijumpai ketika Stamford Raffles 'membuka Singapura' menceritakan perkara yang sama seperti yang tertulis di dalam Sulalatus Salatin. Terdapat kisah Raja Suran yang menakluk semenanjung hingga ke Temasek. Catatan pegawai Stamford Raffles juga menceritakan penemuan satu batu yang amat besar di muara sungai Singapura. Kedudukan batu itu amat aneh dan terdapat inskripsi yang sukar dibaca terukir pada batu. Mereka cuba menggunakan asid untuk menimbulkan tulisan tetapi masih sukar dibaca. Pegawai Inggeris ini menyimpulkan batu besar itu adalah batu yang pernah diangkat oleh Badang, satu watak legenda dalam Sulalatus Salatin.

Terdapat satu rahsia tentang kewujudan Sulalatus Salatin. Pada permulaan kata-kata yang menerangkan sebab Tun Seri Lanang menyusun kitab itu :
"Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. Maka ber¬kata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya."
Goa di sini bukanlah Goa di India, tetapi kerajaan Gowa di Sulawesi. Semasa kejatuhan Melaka, rakyat, tentera mahupun perompak telah melarikan banyak khazanah dari istana berupa kitab-kitab atau hikayat-hikayat. Sebahagian khazanah itu telah dikumpulkan di Gowa, satu kerajaan yang punya hubungan erat dengan Kesultanan Melaka. Ketika Kerajaan Johor-Riau sudah stabil dan menguasai kembali perdagangan selat, di zaman Tun Seri Lanang itulah, para pedagang Melayu telah berlayar ke Sulawesi dan singgah di pasar-pasarnya. Salah satu jualan di sana ialah jualan kitab-kitab, manuskrip dan hikayat. Pedagang-pedagang Melayu telah membeli mana-mana kitab atau manuskrip yang sempat dan dari sinilah Orang Besar itu meminta Tun Seri Lanang menyusun kembali semua manuskrip itu menjadi Sulalatus Salatin yang kita tatap pada hari ini. Ini bermakna terdapat puluhan malah ratusan lagi hikayat-hikayat Melayu di Gowa itu. Dari sinilah kemungkinan besar para pengarang La Galigo mendapat ilham mengarang hikayat panjang tersebut.

Di antara manuskrip-manuskrip tersebut, terdapat sebuah manuskrip yang menceritakan seorang raja yang memerintah Nusantara lama sebelum lahirnya Raja Suran. Raja ini juga mempunyai empayar maritimnya sendiri, cara yang akan berulang-rulang kali muncul selepasnya. Namanya ialah Hari.

Beribu-ribu tahun sebelum wujudnya Sriwijaya, Emperor Hari telah berkuasa di The Land of Gods. Kuasa yang paling dicemburui oleh para musuhnya ialah :
"Perdagangan maritim."
............................................................................................................................................................

Bibliografi:

-Sulalatus Salatin, A. Samad Ahmad
-Journal of the Asiatic Society of Bengal Vol XVII, Part II-July to December
-Specimen C, frame no.176 inscribed stone, Luxor.
-Specimen G, frame no.67 west block (?), 3rd tomb
-Inscription found in Province Wallesley, Col.James Low.
-Note on the Inscription from Singapore, Hons. Col. Butterworth, C.B,James Low.
-In The History of Sumatra, William Marsden
-Phoenician Characters In Sumatra," Part 6, (1892-1895)
-Edouard Naville, "The Naval Expedition to the Land of Punt," The Temple of Deir El Bahari, III (London: Egypt Exploration Fund, 1884) Plates LXXVIII-LXXXI
-Margaret Bunson, The Encyclopedia of Ancient Egypt, (New York: Facts on File, 1991)
-Munoz, Paul Michel, (2006), Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula, Editions Didier Millet.
-Po Klaus Garai Inscription (BEFEO IX, Notes D'epigraphie: Nouvelles incriptions de Po Klaus Garai, Louis Finot)
-Chronicles of Chiang Mai
-From the Red to the Med, Harry Bourne.

__,_._,___

Sunday, April 10, 2011

Misteri Penghuni Bumi Sebelum Manusia



Sent from my iPhone OS4

Perhatian : Artikel ini mengandungi teori-teori yang mana pada sesetengah pembaca sukar untuk menerimanya kerana ia mungkin sesuatu yang baru pada mereka. Perlu diingatkan, artikel ini tidak langsung melanggar syariat dan kepercayaan kita sebagai Umat ISLAM. Pembaca adalah digalakkan agar menggunakan budi bicara masing-masing.

Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?.
Persetujuan daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia :
4000BC+2010AD=6010 tahun

Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad. Manakala, agama pertama di dunia iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.

Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku sekarang.
Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.
Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.

'ADAM' SEBELUM ADAM

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.
Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.
Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu 'Adam' telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu 'Adam' itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan 'Adam' yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri 'Adam' di muka bumi.
Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.
(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad' wa al-Tarikh dan Ibn al-'Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)
Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa'il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)
ZAMAN DINOSAUR?

Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.
Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.
Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinosaur.
Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.
Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT semasa Allah mencipta Adam as?

MALAIKAT BERTANYA KEPADA ALLAH SWT
adamkhalifah.JPG
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"
(Al-Baqarah 2: 30)
Baris ayat "orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah" daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.
Meskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.

Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?

HARI-HARI TERAKHIR BUMI SEBELUM TURUNNYA ADAM - MUHAMMAD ISA DAWUD
Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat 'kerosakan' dan 'menumpah darah' (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan, Allah SWT telah mengazab mereka dengan 'kiamat' untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.
Gambar (di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo, Afrika.

Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.

Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?.

JIN PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA

Masih lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga 'alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.

Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.

Fahta serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu 'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.

MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh :
"Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat."
PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN
Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan
Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.
Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!
Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang 'manusia' sebelum kedatangan Nabi Adam as.
Rangka berusia 26,000 tahun- Red Lady
Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat's Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.
Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.
Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya.
Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Manusia telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa.
Baru-baru ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?
Bagaimana dengan Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan gegantik yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya 'makhluk' yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt 'sediakan' kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..
-__,_._,___

Wednesday, April 06, 2011

Punca byk lelaki lembut



Sent from my iPhone OS4

Begin forwarded message:


 


KLORIN di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia. - Gambar hiasan


AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.

Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.

Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.

"Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.

"Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.

"Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia," katanya.

BPA

Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.

"Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.

"Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada," ujarnya.

Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.

Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.

Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.

"Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.

"Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.

"Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.

"Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter," katanya.

Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.


AIR paip yang sudah dirawat selamat diminum begitu sahaja.


"Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.

"Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.

"Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.

"Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser," kata Pauzi.

Klorin

Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.

Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi.

Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.

Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.

"Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang," katanya kepada Jurnal.

Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.

Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.

Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.

Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.



--
__,_._,___

Sunday, April 03, 2011

Sejarah Dan Pengertian Hari April Fool



Sent from my iPhone OS4

Begin forwarded message:

Tahukah anda bahawa sambutan April Fool sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku "Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?" (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April's Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. "Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!" demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai "The Aprils Fool Day".

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan "The April Fool Day" kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; "Umat Islam banyak yang "latah" dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut"

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai "The April Fool Day."

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa "The April Fool Day" itu dipopulerkan dengan "ritual" yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

"Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas" katanya.


--
__,_._,___

Saturday, April 02, 2011

IPad tahun 1947 lagi dah ada



Sent from my iPhone OS4

Begin forwarded message:


Ipad yg pertama sebenarnya telah dicipta sejak tahun 1947 dan telahpun dipeekenalkan di sekolah2 tanah melayu oleh kerajaan british. Lihat gambar dibawah.

Sent from my iPhone OS4



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs653.snc4/61318_1436194191976_1446613045_31078105_3684667_n.jpg

__._,_.___

APRIL FOOL. HEHE

__,_._,___