Thursday, May 28, 2009

Sri Lanka makmal kuasa Barat?






Sri Lanka makmal kuasa Barat?

Oleh NORDIN KARDI

SAYA masih di Sri Lanka. Rabu lalu - 20 Mei - diisytihar sebagai cuti umum. Ia sebagai hadiah daripada Presiden Mahinda Rajapakse kepada rakyat sebagai "hari penyatuan semula negara" selepas dipecahbelahkan oleh pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).Semua akhbar menyiarkan pengisytiharan kerajaan bahawa 'hero' LTTE, Vellupillai Prabhakaran telah dibunuh. Mayatnya temui di lagun Nanthikadal. Mayat itu dikenal pasti oleh Karuna Vinsyagamoorthy, rakan seperjuangannya dalam LTTE suatu ketika dahulu. Vinsyagamoorthy kini menjadi menteri dalam Kabinet Rajapakse.

Saya sampai ke Sri Lanka betul-betul pada kemuncak tentera kerajaan Rajapakse menyerang benteng terakhir Prabhakaran. Lebih 400 kader LTTE dibunuh di daerah Mallaitivu, termasuk anak sulungnya, Charles Anthony Seelan. Turut ditemui ialah mayat pemimpin cawangan risik LTTE, Pottu Aman dan pemimpin Harimau Laut, Soosai.Sambil melepaskan lelah di sebuah restoran di depan sebuah masjid di sebelah pusat membeli belah ODEL - antara yang terbesar di Colombo, sebesar kompleks Campbell di Kuala Lumpur - saya berbual dengan seorang jemaah. Namanya Ziauddin Halaldin.






Dia menyatakan kegembiraannya kerana LTTE berjaya ditumpaskan. Dia yang mengaku hidup bersama-sama orang miskin melalui ihsan komuniti masjid meluahkan rasa optimisnya tentang masa depan Sri Lanka tanpa perang.Ramai penduduk Tamil di utara Sri Lanka beragama Islam dan pada mulanya bersimpati kepada LTTE. Tetapi kemudiannya lebih cenderung memasuki politik cara halal dan menubuhkan cabang yang berpaling daripada matlamat perjuangan LTTE.Kaum Tamil beragama Hindu juga sudah rasa bosan dengan perang yang terlalu lama. "Negara Tamil" yang dijanjikan tak kunjung datang.

Semasa sarapan di hotel saya berbual pula dengan seorang Naib Canselor dari sebuah universiti di negara itu. Beliau juga gembira kerana Sri Lanka kini bersih daripada LTTE.Beliau bercerita mengenai republik sosialis Sri Lanka yang memberikan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti. Saya hairan kerana jika demikian kenapakah orang Tamil di Sri Lanka tidak berpuas hati?Beliau mula bercerita dan pada mulanya saya tidak terkejut dengan hujah-hujahnya. Katanya, Sri Lanka menjadi negara kecil uji kaji kuasa besar yang sasarannya ialah India.

Kuasa besar telah lama melihat India dan China bakal bangkit menjadi saingan mereka dengan kekuatan hampir tiga bilion penduduk. Mereka ingin memecahbelahkan India dan China seperti yang dilakukan ke atas Kesatuan Soviet. Barat sentiasa menyokong kumpulan-kumpulan pemisah di kedua-dua negara itu."Bahagian kedua" jawapannya mengejutkan saya. Katanya jika Barat berjaya dalam ujian di Sri Lanka, sasaran selanjutnya ialah Tamil Nadu untuk dipisahkan daripada kerajaan Pusat India.

Oleh kerana itu katanya, Prabhakaran bukan sahaja menjadi "orang yang dikehendaki" di Sri Lanka tetapi juga di India. Prabhakaran juga dikaitkan dengan pembunuhan Perdana Menteri India, Rajiv Ghandi.Patutlah pihak berkuasa New Delhi serta merta meminta pengesahan Colombo bahawa Prabhakaran benar-benar mati. Mereka mahu menutup fail siasatan pembunuhan Rajiv Ghandi.

Itupun belum cukup mengejutkan saya. Yang paling mengejutkan ialah apabila Naib Canselor itu menyatakan LTTE telah mempunyai peta "Kingdom of Tamil" merangkumi negara-negara di kawasan Lautan Hindi termasuk Malaysia dan Singapura. Katanya, sebab itulah gagasan LTTE itu menjadi menarik dan beremosi kepada mereka yang berkaitan. Beliau hairan apabila saya mengaku tidak tahu mengenai kewujudan peta itu.Demikianlah apabila emosi dan sentimen perjuangan dimainkan oleh orang yang bercita-cita besar tanpa mempedulikan nasib rakyat yang terpaksa menanggung derita dan kepayahan.

Jika analisis Profesor itu benar, Sri Lanka yang merupakan sebuah negara kecil dengan hanya 20 juta penduduk telah menjadi makmal kuasa-kuasa besar.Mungkin sebab itu, Presiden Rajapakse dalam kenyataan-kenyataannya kelihatan seperti amat percaya kepada teori konspirasi itu. Beliau berulang kali menegaskan tidak akan mendengar lagi desakan kuasa Barat sebaliknya lebih selesa mendengar nasihat India, Pakistan dan China.Tawaran LTTE untuk menyerah diri kepada pihak ketiga dari Eropah sebelum kematian Prabhakaran juga tidak lagi dilayan dan dianggap sebagai telah terlambat.

Colombo telah kerap kali hampir berjaya menewaskan Prabhakaran tetapi memberhentikan kemaraan kerana desakan Barat. Setiap gencatan senjata membolehkan Prabhakaran lari ke Tamil Nadu dan kemudiannya kembali lagi selepas mendapat kekuatan baru. Maka Rajapakse sudah tidak lagi percaya kepada rundingan yang ditaja oleh Eropah sebaliknya memilih untuk meneruskan apa yang telah dilakukannya.Colombo beberapa hari lalu penuh dengan sampah sarap akibat poster-poster yang dibuang oleh orang ramai ketika berarak meraikan penyatuan Sri Lanka itu. Anak-anak muda berarak, berkonvoi dengan kereta, bas, lori dan kenderaan lain sambil mengibarkan bendera.


Mahasiswa berdemonstrasi di beberapa kedutaan Barat seperti Kedutaan Britain untuk menyatakan kemarahan mereka terhadap Barat yang dianggap mereka sebagai memihak kepada pemberontak dan pengganas.Apakah tuduhan Rajapakse bahawa Prabhakaran ditaja Barat itu benar? Tentu susah dibuktikan terutama dalam konteks diplomasi.Namun Colombo mendedahkan keluarga Prabhakaran semuanya tinggal di Eropah. Abangnya, Manoharan dan kakaknya Jegathieswary tinggal di Denmark. Seorang lagi kakaknya, Vinothini tinggal di Kanada.

Mengapa penduduk Sri Lanka seperti berhari raya? Semua pihak bergembira tidak kira etnik dan juga agama termasuk penganut Budha, Islam, Hindu, Kristian. Sedangkan tindakan kerajaan menggempur kubu LTTE itu mengakibatkan kematian?Jawapannya ialah, mereka sudah tidak tahan dengan kerenah LTTE. Semuanya "halal" di dalam LTTE. Mencuri halal, merompak bank halal, pecah rumah pun halal. Semuanya halah jika dibuat atas nama perjuangan.Jenayah ganas adalah sebahagian daripada latihan untuk ahli muda. Kader-kader dilatih untuk tidak berasa takut. Mereka diajar supaya tiada lagi belas kasihan kerana rasa takut dan kasihankan mangsa adalah musuh perjuangan LTTE.

Akibatnya Sri Lanka - Permata Timur - yang amat maju suatu ketika dulu menjadi beku. Rakan saya, Timbalan Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tai Shzee Yew mengulas bahawa keadaan di Colombo sama seperti Kuala Lumpur pada era 60-an.Rakan dari Indonesia yang duduk semeja dengan kami pula bertanya: "Perang saudara di negara kami selesai dengan bantuan tsunami. Malaysia bagaimana?"

"Malaysia amanlah!" jawab saya.

TAN SRI DR NORDIN KARDI ialah Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Presiden Persatuan Universiti-Universiti Malaysia

baldimerah : Ini baru suku.. Lagi 3 suku bersepah lagi
baldibiru: Owh kat malaysia byk yang kepala suku
baldi kayu: owhy ang kepala suku tu byk yg tanam rambut..heheheee

Wednesday, May 27, 2009

Polis jumpa 2 beg senjata api, peluru (act of neo malaysian comunist)????



Polis Jumpa 2 beg senjata api, peluru.

Kuala Lumpur: Polis semalam menemui dua beg mengandungi lapan senjata api bersama beberapa alat penyenyap, hampir seratus peluru rifel M16 dan berpuluh kelopak senjata di satu kawasan di Bercham, dekat Ipoh, Perak, malam semalam.

Antara senjata api ditemui termasuk jenis sub mesin gun dan pistol. Kedua - dua beg itu dikatan ditemui di lokasi berhampiran sebuah kilang simen di kawasan berkenaan.


mari kita buat spekulasi.. Hehehhehe




Kemari - mari kita buat spekulasi.. Hehehhehe






ATAUPUN INI?





Ini komunis besar ni.. Melayu pun sokong sekali.. mari kita sokong mereka.. mari mari.. demi kuasa.. yaaa~~

p/s.. kalo mahu baca penuh artikel2 demikian, sila letak emel di komen

baldimerah : Ini hanya spekulasi.
baldibiru : rifel peluru beratus, nak bunuh h1n1 ke?
baldi kayu : tunggu dan lihat
baldi besi: tunggu tunggu dan tunggu.. gaduh gaduh dan gaduh.. yang laen besar kepala.
baldimerah2: huh.. racist kah aku?

Sunday, May 24, 2009

Eklan yang wajar disebarkan





Eklan - eklan percuma bersama model2 yang mantap. Sila klik gambar utk msg yg jelas



Baldimerah: Selangor air free

Thursday, May 21, 2009

Cerita Rakyat 2: Tokey Kaya

Dalam sebuah majlis , seorang usahawan berbangsa Cina ang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan antara usahawan tersebut bersama seorang wartawan:

Tan Sri :Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan semua kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?Tan Sri: Owh sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat ini.


Wartawan: Kalau begitu apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi?

Tan Sri: Eh.. Mana boleh. gipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan itu?

Tan Sri: ...............................................................

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?

Baldimerah : Bagi betis nak paha.
Baldi Biru: dah bagi paha mau apa lagi?
Baldi Tua: Ada lagi ke kaum lain selain melayu yang hidup merempat? Kaum rohingya ada la kot... sifat tamak yang jadi sebab utama semua benda neh.
Baldi Kayu: Ada doh.. Hindraf
Baldi Besi: Tak suka keluar dari Malaysia - pinjam bung mukhtar
Baldi Buluh: Melayu yang kaya pun lebih kurang je

Monday, May 18, 2009

Cerita rakyat : pakcik kayo


Sedang aku melepek bersama rakan-rakan yang tak seberapa muda, tiba seorang rakan aku yang memang x muda ni pun bercerita : Kisah pakcik Kayo

Alkisahnya ada seorang tua, beliau memiliki sebuah bot, sedang duduk di tepi pantai. Beliau duduk sambil menghisap curut, dan sebotol coke ais sambil menikmati deruan angin pantai senja yang nyaman.

Lalu beliau didatangi oleh seorang anak remaja, kononnya baru pulang dari seberang laut, cuti semester la katakan. Dilihatnya orang tua itu dengan pandangan yang menjengkelkan. Tercetus dalam hatinya, 'Orang tua malas'.

Di sapanya si tua itu, lalu mereka pun berbual:

Pemuda : Bot pakcikkah itu.
Orang Tua: ya, itu bot aku, mengapa?
Pemuda : Jika bot itu dipinjamkan padaku, aku akan pastikan dari bot yang satu ini, akan kujadikan 3 biji bot

berkata pemuda itu deenngan angkuhnya, yela lulusan obersea, belajar di 'kereta lembu' takpun di 'jambatan kamera'

Orang tua tersenyum, lalu berkata sepatah: Lepastu?

Pemuda: daripada 3 bot ini, akan kujadikan 9 bot.

Orang tua: Pastu?

Pemuda: daripada 9 bot ini, akan kujadikannya 27 bot.

Orang tua: Pastu?

Pemuda: daripada 27 bot ini, akan kujadikan ratusan bot.

Orang tua: Pastu?

Pemuda: ratusan bot ini akan kugunakan untuk berdagang, untuk mengutip hasil di lautan, untukku berlayar ke seluruh pelusuk dunia.

kata pemuda itu lagi, cukup bangga dengan visinya. Dan mengharapkan si tua ini akan kagum dan terliur dengannya.

Tapi orang tua itu tetap dengan selamba, menghisap curut dan bertanya: Pastu?

Pemuda ini pun terdiam sejenak, dan memikirkan apakah jawapan yang sesuai untuk membuatkan si tua ini cukup kagum dengan dirinya.

Pemuda: Pastu kita pergi mekah la pakcik, tak payah tunggu tabung haji, tiap-tiap tahun kita pergi mekah.

katanya sambil mengharapkan orang tua ini akan berpuas hati dengan jawapannya. malangnya, (jeng jeng jeng..kluk kluk kluk..(bunyik saspen cter p.ramlee))

Orang tua: Pastu?

Putus akal pemuda itu tadi, lalu dijawabnye dengan spontan.

Pemuda: lepas tu kita relakslah pakcik. hidup tenang.

Lalu orang tua itu pon mencampakkan curutnya ke tanah, dan tersenyum kepada pemuda tersebut, lalu berkata:

'Itulah yang pakcik tgh buat ni'.

Pakcik itupun bingkas bangun, lalu berjogging meninggalkan pemuda tersebut.

Baldimerah: Haiseh. Pakcik tu kayo rupenyer.
Baldibiru: Apakah yang dikejar dalam hidupmu, berkali ku katakan padamu.
Balditua: apa yang sebenarnya kita cari dalam dunia ini, sehinggakan bergaduh, bermusuh. kita kejar harta, wang, pangkat, awek hanya untuk satu tujuan, iaitu ketengan. Namun dimana letaknya hakikat ketenangan itu.
Baldibesi: aku hisap rokok. tenang
doh. hehhehe.

p/s: tgh try post blog guna hp baru. hehehehehe

Friday, May 15, 2009

BIBIT2 KEBABIAN ((H1N1) MULA MENGGANAS DI MALAYSIA


Penumpang MH091 13 Mei diminta hubungi Kementerian Kesihatan
15/05/2009 5:25pm

KUALA LUMPUR 15 Mei — Berikutan pengesahan kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia, semua penumpang Penerbangan Malaysia MH091 dari New York, yang tiba di KLIA pada 7.15 pagi 13 Mei lepas, diminta menghubungi Kementerian Kesihatan kerana pesakit itu menaiki pesawat yang sama. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata penumpang boleh menghubungi kementerian menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 untuk tindakan susulan.

Katanya kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia melibatkan pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lepas dan mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Buloh pada petang hari yang sama.

“Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,” kata Dr Ismail dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

baldimerah: saja ungkit gamba lama. heh..gambar sekadar hiasan