Tuesday, November 28, 2006

Melayu mesti ‘kiasu’ untuk berjaya

Melayu mesti ‘kiasu’ untuk berjaya

Pendapat
SAYA amat tertarik dengan syarahan Profesor Diraja Ungku Aziz, di Universiti Malaya minggu lalu. Beliau menyarankan orang Melayu supaya mempunyai sikap ‘kiasu’ untuk berjaya seperti mana amalan orang Cina.

Kiasu adalah perkataan Hokkien (Cina) bermaksud takut kalah. Kiasu boleh diaplikasikan dalam berbagai keadaan aspek hidup. Takut kalah dalam sebarang persaingan atau pertandingan atau peperangan. Dalam konteks ini, sudah tentu persaingan dan pertandingan yang sihat dalam perkara kebaikan. Dalam konteks Melayu, kiasu dengan bangsa lain dan mahu hidup gagah, dipandang hebat di bumi sendiri.

Sebenarnya, budaya hidup orang Melayu telah lama tersemat dengan sikap kiasu sejak mereka menerima Islam 600 tahun lalu. Terbukti, orang Melayu pernah berjaya mentadbir dan menguruskan negara sendiri iaitu kerajaan Melayu Islam Melaka sehingga terkenal seantero dunia, termasuk menjadi tarikan kerajaan negara China.

Tamadun Melayu pernah mengalami pasang surut. Melayu pernah hidup mewah dan pernah hidup susah. Pernah tinggal di bandar dan tidak kurang di kampung-kampung, pernah berniaga dan pernah mengusahakan hasil tani.

Pengalaman yang dilalui telah menjadikan mereka mempunyai semangat kental. Kita jangan lupa, siapa yang mengusir penjajah keluar kalau bukan orang Melayu. Inilah sikap kiasu. Takut kalah di bumi sendiri. Takut dijajah di bumi sendiri.

Inilah perkara yang cuba dibawa oleh Ungku Aziz. Tamadun Melayu Islam menjadi hebat juga disebabkan oleh ilmu. Kekuatan ilmu ini yang telah mencoraakkan sikap Melayu untuk berdaya saing. Kekuatan ilmu telah menjadi orang Melayu mahu berfikir lebih jauh ke hadapan. Mereka tidak mengambil jalan singkat, tetapi sentiasa berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Penjajah demi penjajah datang, akhirnya berjaya mereka halau.

Cuma hari ini, mereka mulai lupa jerit pahit tok nenek moyang mereka. Mereka menjadi manusia yang malas berfikir, tetapi mahu hidup mewah. Akhirnya mencari jalan pintas.

Semangat kepahlawanan telah hilang. Semangat bendahara dan hulubalang telah lunyai. Mereka hanya berbangga menjadi ‘tuan’ negara ini. Mereka sudah lupa bagaimana ‘ketuanan’ itu wujud sebelum ini.

Budaya berfikir sudah tidak wujud lagi seperti sabda nabi, berfikir seminit lebih baik daripada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Berfikir adalah proses yang paling tinggi dalam pembelajaran. Ada yang suka membaca tetapi tidak mahu berfikir. Sekadar membaca tidak cukup kerana membaca tanpa berfikir tidak akan memberikan kesan. Inilah konsep generasi ulul albab yang diperbahaskan dengan panjang lebar dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Sebenarnya kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Idris Jusoh telah lama mempelopori istilah ini. Saya sering kali ke sana memberikan penerangan mengenai istilah ulul albab. Sebenarnya istilah-istilah dalam al-Quran, penuh dengan semangat kiasu. Cuma kita sahaja yang tidak mahu mencungkilnya.

Selain istilah ulul albab, ada satu lagi istilah yang membawa makna mengalahi kiasu ialah ulil absar, orang yang memiliki pandangan atau wawasan.

Dalam konteks ini, orang yang memiliki pandangan atau wawasan yang jauh ke hadapan. Orang yang memiliki fikiran dan wawasan jauh ke hadapan akan tetap kiasu.

Kalau kita bandingkan dengan orang Cina di negara kita, sejak awal-awal lagi mereka kiasu. Takut kalah di bumi orang. Takut merempat di bumi orang.

Sebab itu istilah Cina seberang laut, berbeza dengan Cina di tanah besar. Cina seberang laut, boleh dikatakan lebih berjaya daripada orang Cina di negeri China. Cina seberang laut mempunyai semangat kiasu luar biasa sehingga dapat membentuk sebuah negara sendiri iaitu Singapura yang asalnya sebuah negara Melayu. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Kerana mereka percaya kepada ‘satu Cina’ walaupun terdapat berbagai kumpulan atau istilah Cina, mereka tetap kiasu. Ke mana pun mereka pergi, mereka tetap Cina walaupun apa juga nama, kumpulan, bahasa, dan ideologi.

Berbeza dengan orang Melayu. Semua yakin bahawa Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Hanya ada ‘satu Melayu’ iaitu mereka yang beragama Islam. Tetapi Melayu Islam ini dipecah-pecahkan mengikut semangat kedaerahan, kumpulan, bahasa, parti politik dan ideologi. Tidak pada orang Cina, walaupun kita lihat di kalangan orang Cina itu sendiri ada berbagai-bagai agama seperti Buddha, Confucius, Toaism, Kristian dan Islam (ini tidak termasuk kelainan bahasa, dialek dan sebagainya) tetapi mereka berpegang kepada semangat ‘satu Cina’.

Sebenarnya, orang Melayu lebih mudah, sebab mereka hanya ada satu, ‘Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu’ iaitu Melayu Islam. Jika mereka mempunyai pemikiran dan wawasan berjuang atas nama ‘satu Islam’ maka banyak masalah yang boleh diselesaikan.

Satu Islam untuk semua manusia, tak kira apa bangsa sekalipun. Kita hanya ada satu kiasu. Tetapi semangat satu kiasu tidak tertonjol kerana kita membesar-besar perbezaan, lebih-lebih lagi perbezaan pendapat dan latar belakang politik.

– MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH,

Bandar Baru Ampang.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Be Flexible, Allow Msia Acquire More Spore Assets, Says Najib

Be Flexible, Allow Msia Acquire More Spore Assets, Says Najib


RECIPROCATE… Datuk Seri Najib Tun Razak (right) exchanging scrolls with the Singapore Deputy Prime Minister Wong Kan Seng during the London Business School Regional Conference. Pix: Syed Muhammad Zahid

KUALA LUMPUR, Nov 27 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has called on the authorities in Singapore to exercise a greater degree of reciprocity in facilitating more Malaysian acquisition of assets in the island republic.

He said an equitable and balanced bilateral investment flow was of mutual interest and beneficial to both countries.

Citing Singapore's investment holding company Temasek's notable inroads into Malaysia in recent years, Najib said the incoming traffic of investments from Singapore had been significantly greater.

"However, on one hand, we understand that identifying suitable acquisitions in Singapore is far harder for Malaysian companies given the structure of the Singaporean economy," he said in his keynote address at the London Business School's regional conference themed "Expanding in Asia: New Challenges and Opportunities", here Monday.

Also present was Singapore's Deputy Prime Minister Wong Kan Seng.

Najib noted that as the global landscape became more competitive, there was a greater need for nations to collaborate.

He said that by engaging in equitable collaboration and partnerships, both nations would remain competitive when faced with the might of larger economies.

"With increasing competition, it simply makes common sense for Malaysia and Singapore to invest in each others' future regardless of the many disagreements between the two governments in the past."

Najib said stronger ties would continue to bind the two nations.

"I think leaders in Malaysia and Singapore will agree that we must eventually move beyond the rhetorics and focus on the underlying fundamentals which are of mutual interest to us.

"I believe that we must raise our political will to work together where we can and accommodate each other in areas where we cannot," he said.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/news_business.php?id=232606

other >>>---

Kerajaan dapatkan butiran pembelian syarikat tempatan

PEKAN 8 Julai - Kerajaan akan mendapatkan butiran lanjut berhubung aktiviti pembelian kepentingan syarikat-syarikat besar tempatan oleh entiti asing terutamanya dari Singapura yang dilihat semakin rancak sejak dua tahun kebelakangan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sendiri akan mendapatkan butiran-butiran penting berhubung dakwaan itu bagi mengetahui gambaran sebenar aktiviti pengambilalihan tersebut.

‘‘Biar saya dapat butir-butir dahulu, saya tidak tahu kedudukan yang sebenar (pada masa ini),” katanya selepas merasmikan Program Kem Belia Cemerlang, Gemilang, Terbilang di Sekolah Menengah Chini Timur, Felda Chini Timur di sini hari ini.

Najib ditanya sama ada kerajaan akan memantau dengan serius aliran pengambilalihan itu memandangkan ia semakin rancak berlaku.

Beliau diminta mengulas laporan Utusan Malaysia semalam mengenai pembelian kepentingan syarikat-syarikat tempatan dalam industri pengangkutan, telekomunikasi, perbankan dan kejuruteraan oleh pelabur asing terutamanya Singapura yang agak ketara sejak dua tahun lalu.

Ia dikhuatiri boleh membantutkan usaha kerajaan membangunkan ekonomi Malaysia bersandarkan agenda nasional.

Antara contoh yang diketengahkan ialah pengambilalihan Pantai Holdings Bhd. oleh syarikat Singapura, Parkway Holdings; pembelian sebahagian kepentingan Proton Holdings Bhd. oleh GSIC; pemilikan ekuiti Telekom Malaysia Bhd. (TM) dan Malaysian Plantations Bhd. oleh Temasek Holdings dan pemilikan saham-saham pelabuhan tempatan, Westports, oleh pengendali pelabuhan Singapura, PSA, melalui Hutchison Ports Holdings.

Selain Proton, TM dan Westport yang telah disenaraikan sebagai peserta strategik dalam ekonomi Malaysia, Pantai Holdings turut dianggap penting dengan pemilikannya terhadap Fomema, pemegang konsesi pemeriksaan kesihatan pekerja asing yang memonopoli proses kemasukan tenaga buruh ke negara ini.

PSA pada bulan lalu memuktamadkan pembelian 20 peratus kepentingan Hutchison, syarikat Hong Kong yang memiliki 30 peratus kepentingan Westport sejak 2000.

Pelabuhan itu bersama-sama Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Northport merupakan kepentingan yang amat strategik dalam usaha Malaysia menyaingi Singapura sebagai pusat perkapalan global.

Terbaru, Temasek dipercayai sedang berusaha meningkatkan pegangannya dalam syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia), yang akan mengambil alih laluan domestik daripada syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysian Airline System Bhd. (MAS) mulai 1 Ogos ini.

Menurut pemerhati industri, Temasek setakat ini telah memiliki kira-kira enam peratus kepentingan AirAsia yang dianggap sebagai antara syarikat strategik Malaysia berikutan pengambilalihan 99 buah laluan penerbangan dalam negeri seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Rencana tersebut turut memuatkan pandangan Presiden Transparency International of Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam yang berkata, sebarang pembelian strategik syarikat Malaysia mesti dibuat secara telus terutamanya yang melibatkan aset-aset negara.


http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0709&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive

World's longest undersea power link

World's longest undersea power link

28 Nov 2006
Azlan Abu Bakar

NST



PETALING JAYA: One of the country’s most ambitious projects — to lay undersea power cables from Sarawak to Peninsular Malaysia — may be revived.

Costing RM9 billion, the cables will transport up to 5,000 kilowatts of electricity from the Bakun hydroelectric dam and two other new proposed plants in Sarawak from 2014.

Stretching from the tip of Sarawak to Ulu Sedili in Johor, the 670km-long network of cables would be the longest in the world, longer than the 580km line between Norway and the Netherlands. But this plan to lay cables under the South China Sea hinges on Cabinet approval and a feasibility study.



The project was taken off the table after the financial crisis in 1997. It is being revived amid concerns about excess capacity from Bakun dam, which is due for completion by 2009. Energy, Water and Communications Minister Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik said: "Coming so far from Sarawak, that means we have to invest in big cables.

"It is all economics, so we have to work out whether it is worthwhile but most certainly it would be after 2014 and beyond.

"We will seek approval from the prime minister to invest RM9 billion on the cables."

The minister, who chairs the Electricity and Tariff Planning Development Committee, will seek approval from the Cabinet for the investment needed to lay out the cables.

"The committee will meet on Dec 8 to discuss, among others, the two proposed hydro plants in Sarawak.

"We will also look into ways to solve the Bakun issue which is scheduled to be completed by 2009 and a request made by Sarawak to set up an aluminium smelting plant," he said.

The two proposed hydro plants are in Murum and Baleh. Other members of the committee include the Finance Ministry, Petroliam Nasional Bhd, Energy Commission and Tenaga Nasional Bhd. Malaysia faces the tough question of how to secure future power supply for Peninsular Malaysia, amidst rising costs of gas and coal. Hydro plants are an alternative, but there is limited hydro plant potential in the peninsular.

One option has been to import power from Sarawak.

"While rivers in Peninsula Malaysia are capable of producing about 1,000 megawatts of electricity, the Rejang River can produce about 20,000MW," Dr Lim said.

He added that the ministry will try to keep the cost at below 20 sen per kilowatt per hour. Dr Lim told this to reporters after opening the International Energy Conference For Sustainable Energy 2006, and introducing the National Suria 1000 Programme here yesterday.

"The cables will have to travel almost 700km from Bakun to the tip of Sarawak and another 670km under sea crossing Indonesian territory to Ulu Sedili before it is channelled to Yong Peng, Johor, where the national grid is located," he said.

Tuesday, November 14, 2006

singapura



org mElayu ~ eKonomi hiburan ~

Di Singapura, kami tidak mendewakan pemain-pemain bola.'' Begitulah kata-kata Phillip Yeo, Ketua Agensi Penyelidikan Untuk Sains dan Teknologi Singapura. Saya yakin Singapura juga tidak mendewa-dewakan golongan artis seperti yan g berlaku kepada k ita di Malaysia .


Saya tidak pernah terbaca atau mendengar ber ita yan g penyiar TV disana menganjurkan banyak siri realiti TV yan g tidak mendatangkan sebarang faedah jangka panjang untuk kemajuan negara kecil mereka. Tetapi berlainan pula dengan negara k ita , itu yang lebih diutamakan sejak kebelakangan ini.

Jika beginilah sikap rakyat negara k ita nampaknya k ita akan terus menjadi sebuah negara yan g terbelakang dalam segala bidang yan g berfaedah untuk masa depan negara.

Di Singapura, idola mereka adalah orang terpel ajar , bukan artis. Orang terpel ajar dijadikan contoh kepada anak-anak muda Singapura untuk mengejar kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Anak-anak mereka digalakkan mendapat pel ajar an setinggi yan g mungkin kerana mereka sedar tanpa generasi yan g berpel ajar an dan berpendidikan tinggi negara mereka akan ketinggalan.

Singapura sedang menuju ke arah apa yan g disebut knowledge economy (ekonomi ilmu pengetahuan) tetapi k ita lebih kepada entertainment economy (ekonomi h ibu ran). Artis-artis yang berjaya meraih `ij aza h' dari Akademi Fantasia (AF) lebih diberikan tempat dalam liputan akhbar daripada kejayaan anak-anak Malaysia yang berjaya dalam bidang sains dan teknologi.

Kalau beginilah cara orang Mel ayu menguruskan anak bangsa mereka nampaknya peluang untuk menjana Towering Malays atau Mel ayu Unggul akan punah. Mana ada anak Mel ayu yang berjaya dalam bidang nyanyian diperingkat antarabangsa sehingga mereka terkenal seperti artis-artis dari Barat. Pernahkah k ita mendengar jualan album artis-artis Mel ayu dijual jutaan keping di pasaran antarabangsa?

Kalau setakat menyanyi di Royal Albert Hall sudah dianggap satu kejayaan besar bagi anak Mel ayu dan bukan meraih ij aza h kelas pertama di universiti Cambridge atau Oxford , rosaklah anak Mel ayu .Kaum Cina dan India mendahulukan kejayaan akademik daripada hiburan tetapi untuk anak-anak Mel ayu , ibu bapa mereka sanggup berkorban apa saja, bergolok bergadai asalkan anak mereka mendapat tempat dalam Malaysian Idol dan AF.

Mereka tidak sanggup berkorban atau bergolok bergadai untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yan g terbaik. Sesungguhnya orang Mel ayu akan jadi bahan ketawa kaum lain pada suatu hari nanti. Orang Mel ayu masih buta dengan agenda orang lain untuk menjatuhkan mereka.

Tulisan saya ini mungkin tidak akan menyenangkan orang yan g tidak mengambil berat tentang arah tuju orang Mel ayu . Ia mungkin bagai cili yan g terpepak atau pahit bagai hempedu tetapi seperti kata orang, yan g pahit itulah ubat.Malangnya orang Mel ayu suka digula-gulakan, dipuji berlebih-lebihan. Biar menang sorak kampung tergadai. Biar papa asalkan bergaya. Sampai bila k ita hendak dodoikan orang Mel ayu dan anak Mel ayu dengan kejayaan yan g palsu. K ita mahukan durian tapi benih tomato yan g k ita tanam.

Di mana rasional dan logiknya? Begitu rendahkah daya fikir orang Mel ayu dan anak Mel ayu ? Kalaulah pejuang kemerdekaan dari kalangan orang Mel ayu yang lalu masih hidup, mereka pasti akan menangis kerana k ita telah gagal mendidik anak bangsa ke arah kemajuan yang dituntut oleh agama Islam. K ita gagal mengisi kemerdekaan dengan anak-anak bangsa yan g bijak berfikir dan bertindak demi kesinambungan kemegahan orang Mel ayu . Mungkin Hang Tuah akan geleng kepala melihat orang Mel ayu hari ini menyalahgunakan kebebasan yang diperoleh. Mungkin Mel ayu tak hilang di dunia tetapi jika ada bangsa Mel ayu yan g l ayu apalah gunanya. L ayu dengan lagu yan g mend ayu . L ayu di pusat-pusat serenti. L ayu di atas jalan raya yan g serba moden. L ayu di peringkat pengajian tinggi.

K ita tak sepatutnya memperjuangankan bangsa Mel ayu tapi yang patut k ita perjuangankan ialah Islam. Msyarakat k ita sekarang ini telah terlalu dilekakan dengan hiburan....macam mana negara nak maju, pem im pin di atas s ibu k bercakap pasal soal modal insan...... yan g tentunya perlukan masyarakat bermaklumat..tapi lapisan masyarakat yan g kat bawah masih s ibu k dengan ba wan g merah ba wan g putih...s ibu k dengan toin..s ibu k dengan siska..s ibu k dengan putri..s ibu k dengan pari pari ....

Dikatakan drama ini telah mencapai rating tertinggi dengan 3.8 juta ketika t a yan g an yan g kebanyakan penontonnya adalah dari kalangan orang mel ayu ..telah melalui 60 episod t a yan g an dan ada lagi 60 episod untuk dihabiskan...berapa banyak produktiviti masyarakat 'dilaburkan' di depan television ketika itu?...inikah produk produk masyarakat yang akan menghasilkan nilai mentaliti masyarakat kelas satu?...sekadar keluhan....anak bangsa yang sedang melihat kehanyutan bangsanya yang di telan gelombang arus keglobalan....

Sunday, November 12, 2006

Lessons From Mob Movies

Ever been to the circus? Ever see a whole pile of clowns get inside a tiny little Volkswagen? Well, Hollywood is kind of like that, except that those clowns don't have red noses; they have cameras and no clue. I get all sorts of e-mails from you guys asking me about Goodfellas and The Godfather. One guy says, "I love the part when Pesci shoots Spider in the foot over a drink," and then I don't even have to read what comes next.
The guy writes: "Does that kind of stuff really happen, man?" Of course, the guy hopes that I will respond as follows: "Oh yeah! We have guys shooting each other in the foot all the time. I once stabbed a guy for breaking wind at the dinner table. Boy, if I had a nickel for every time I..."Come on guys, get serious. We don't shoot each other every few hours. We want to apply pressure to our customers, not gunshot wounds. I got news for you: These mob movies are entertaining and cinematically satisfying, kind of like a good cigar, but there are a few flaws in the logic, capisce? As much as the Hollywood babbos get wrong, though, here's a few of the things they got right.

Whack the boss and you’ll get whacked
In Goodfellas, Pesci kills a made guy and later gets killed for his insubordination. That's right: Bosses bite back. Tommy whacks Batts, Tommy gets whacked. Gross insubordination rarely goes unpunished. I don't care what organization you're in; if you take out a top guy without it being sanctioned by the management, expect retribution. We love guys who break the rules, as long as it happened 30 years ago. As for those in the present who disrespect the status quo, just read a newspaper: The world hates them.

Keep a low profile

In The Untouchables, Capone thinks he has the world on a string, and Costner snips his fantasy. You can't fight City Hall. Capone tried to run Chicago, and he almost did. But there's always a Dudley Do-Right growing up somewhere, some little bugger who had too much baseball and apple pie. I'm talking about Eliot Ness. Guys like him restore the world to a plausible degree of corruption. This happened in New York not that long ago, with guys like Rudy Giuliani taking down the Gotti boys. If you're a wiseguy, you have to stay under the radar and not attract the attention of chattering newsmen. The world appreciates a certain amount of underground; problems only arise when the underground starts peeking into the daylight. Unless the thugs expect a revolution, they need to check their ambition and be content to rule quietly.

Always be skeptical

Pacino backs out of a billion-dollar deal because it doesn't smell right. Talk is cheap. Remember The Godfather? Sure you do -- your e-mails are testimony to that. When Michael Corleone goes to Cuba, he's about to enter a billion-dollar deal with a bunch of glad-handers who say, " Havana is it, baby, we're gonna be filthy rich." Michael is skeptical, and they say, "Hey, don't worry, it's all worked out. Have a drink!". A day later, the government falls to a young man named Castro. The lesson here? Get the information. Don't get sweet-talked without seeing every angle. Do your homework and don't let a room full of clever suits outweigh common sense.

You have no friends

In Miller's Crossing, Gabriel Byrne says very coldly to a friend, "Friendship' s got nothing to do with it." And he's right. In many adult situations, decisions have to transcend friendship; otherwise, you get bogged down in mediocrity. Good organizations rely less on friendship than on impartial rules of order. When the time comes for a promotion, there's a good chance you'll be pitted against a friend, and as you step on his head to climb the ladder, remember to say, "Sorry, pal, it's nothin' personal."

You can’t be Mr. Nice Guy

In Casino, De Niro compares two muffins, one with a lot of blueberries and one with very few. He calls the cook onto the carpet and says, "I want the same number of blueberries in every muffin." The cook argues, "Do you know how long that's going to take?" De Niro says, "I don't care." Somebody's got to be the asshole. In Casino, De Niro plays an anal-retentive jerk who is obsessed with perfection in his work. He seems to go overboard, but unfortunately, running a tight ship requires a disciplinarian. Take a look at sports teams and classrooms or just go into a McDonald's; it's easy to tell where the management is working. In a perfect world, we'd have nice, soft conversations, and everyone would work hard for eight hours and go home to a family meal. The truth is, people shirk, they screw around, and they like to eat out. On a side note, it's good to have a complimentary manager to offset the "cruel" manager. Giving the underlings someone they can talk to will help morale. Nobody wants to be a doormat.

Never believe you’re invincible

In Road to Perdition, Tom Hanks is a mob enforcer on the run. Just when he thinks he's safe, he gets smoked. What goes around comes around. You live by the sword, you die by the sword. That punk kid you roughed up way back when? He will remember you until the day he dies. There's a good example of this in Road to Perdition, when the enforcer gets a taste of his own lead medicine. Treachery never goes out of style. No matter how strong you feel, there is always someone stronger or someone who knows where the chink is in your armor. Domination never lasts forever, so it's best to keep that in mind when you have power and control. That's what they called the "wheel of fortune" before it became a game show. Things change, often much faster than you'd like.

Keep your home in order

In Goodfellas, Henry Hill goes off snorting coke with his mistress while his home falls to pieces. If you live a secret life and expect to have an orderly homebody wife to put up with it and wait back at the ranch to serve your every need, then in addition to "in sickness and in health," you might as well add "crazy" to your wedding vows. It's one thing to stray -- as any man may do. It's another to outright neglect your responsibilities to your home.

You have to gain people’s trust

In Donnie Brasco, Pacino puts his trust in someone who seems like a stand-up guy, but is really a narc. You are who you say you are. Trust is something that is earned, and usually the best liar is the most trusted person. That's why guys like Donnie Brasco can infiltrate their enemies. Think about it: How do you gain trust? Really, all you have to do is make a sequence of consistent appearances, and pretty soon people will start to believe you’re the real deal. How else would a politician get elected?

the streets ain’t hollywood

Enjoy the movie, but never forget: It's a movie. Life on the street consists in a lot of rejections and hard knocks, but Hollywood likes to soup up the life, make a Cadillac out of a Chevy. I'd love it if I had as many pay days and naked babes as Tony Soprano. Come to think of it, maybe I should have been an actor.
--- email from mahathir alauddin in promuda forum

Saturday, November 11, 2006

Hamas : Our Battle Is With IOF, Nobody Else


Hamas : Our Battle Is With IOF, Nobody Else

Spokesman of Hamas Movement Fawzy Barhum denied as groundless reports released by Associated Press Agency that Hamas its statement on Beit Hanun massacre called on the Muslim Nation to target the US interests.


In an exclusive statement to Ikhwanweb, Barhum said that Hamas has often said that it restricts the battle with the Israeli occupation forces ( IOF) and within the occupied land only, but it seems that the news agency has misquoted the statement.

He quoted the movement’s recently released statement as saying that the US administration offers unequivocal support to the Israeli occupation forces, calling on the Muslim nation to adopt a clear position toward the US administration,” but this doesn’t mean to target the US interests”, he said, assuring that Hamas adopts an unchangeable policy restricting the battle within the occupied land and with the IOF only nobody else.
more pictures >>

Friday, November 10, 2006

Keadilan untuk Saddam

Keadilan untuk Saddam.

Akhirnya Saddam Hussein di hukum gantung setelah lebih 3 tahun beliau digulingkan dan kedaulatan negaranya dicabul. Tidak cukup dengan itu, bekas pemimpin agung Iraq ini kemudiaanya diburu dan ditemui di dalam lubang yang selayaknya dihuni oleh tikus-tikus. Baghdad bandar yang dahulunya pernah menjadi pusat tamadun dunia, kini seperti sebuah kawasan yang mana nyawa manusia seolah-olah langsung tiada nilai.

Yang menghairankan, negaranya diceroboh atas tuduhan negaranya memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD), dan beliau juga dituduh akan menggugat kestabilan rantau tersebut, tetapi akhirnya beliau dijatuhkan hukuman kerana kesalahan yang langsung tidak berkaitan dengan sebab negaranya diceroboh oleh tribunal yang ditubuhkan oleh tentera penceroboh.

Jika kita imbas kembali sepanjang tempoh selepas Saddam digulingkan, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab memporak-perandakan rantau timur tengah tersebut? Siapakah yang sebenarnya memiliki senjata pemusnah besar-besaran sehingga mampu memusnahkan negara lain yang berdaulat hanya untuk menyelamatkan dua anggota tenteranya? Negara manakah yang menaja kempen ketenteraan di rantau tersebut dengan propaganda sebagai tentera pembebasan? Dan siapakah yang sewajarnya menggantikan tempat Saddam di dalam kandang tertuduh atas tuduhan mengarahkan pasukan tenteranya menceroboh negara asing dan membunuh ribuan orang awam. Yang mana pastinya jumlah yang korbannya jauh lebih tinggi daripada dosa yang dilakukan oleh Saddam.

Seorang bekas pemimpin sebuah negara dijatuhkan hukuman mati kerana tindakan kejam beliau semasa zaman pemerintahan beliau dan ini dikatakan keadilan. Berapa ramai pemimpin di dunia yang sama malahan lebih kejam lagi daripada Saddam ini selayaknya dijatuhi hukuman yang setimpal seperti diterima oleh Saddam. Mengapa tidak dihukum sekali si gila Ariel Sharon, Bush penyembelih, General Perang Serbia serta banyak lagi diktator-diktator dunia yang telah pun mengorbankan nyawa rakyat mereka ketika mereka memerintah?

Mungkin hukuman ini dianggap sebagai adil oleh segelintir rakyat Iraq yang pernah hidup sengsara di zaman pemerintahan Saddam. Tetapi hukuman ini tidak adil bagi Saddam dan seluruh rakyat Iraq kerana mereka kini menanggung penderitaan yang lebih dahsyat akibat pencerobohan Amerika. Iraq dibiarkan porak peranda dan akan ditinggalkan sedemikian rupa. Projek perang atas nama memusnahkan senjata pemusnah besar-besaran terbengkalai dan dibuat-buat lupa tetapi hasil minyaknya tetap dirompak dengan rakusnya. Namun demikian sempat juga Amerika membina kedutaannya yang terbesar dalam sejarah di Baghdad. Apa pula tindakan negara-negara Arab dan Islam yang hanya mampu melihat dan mengutuk sahaja? Yang nyata Saddam bukan diadili atas kehendak seluruh rakyatnya. Inikah yang dikatakan keadilan?

Amin Misnun
Kuala Selangor

early morning story

It was early in the morning at four,
When death knocked upon a bedroom door,
Who is there?
The sleeping one cried.I'm Malkul Mawt, let me inside.
At once, the man began to shiver,
As one sweating in deadly fever,
He shouted to his sleeping wife,
Don't let him take away my life.
Please go away, O Angel of Death!
Leave me alone; I'm not ready yet.
My family on me depends,
Give me a chance,
O please prepense!

The angel knocked again and again,Friend!
I'll take your life without a pain,
Tis your soul Allah requires,I come not with my own desire.
Bewildered, the man began to cry,
O Angel I'm so afraid to die,
I'll give you gold and be your slave,
Don't send me to the unlit grave.

Let me in, O Friend! The Angel said,
Open the door; get up from your bed,
If you do not allow me in,
I will walk through it, like a Jinn.
The man held a gun in his right hand,
Ready to defy the Angel's stand.
I'll point my gun, towards your head,
You dare come in; I'll shoot you dead.

By now the Angel was in the room,
Saying,
O Friend!
Prepare for you doom.
Foolish man, Angels never die,
Put down your gun and do not sigh.
Why are you afraid!
Tell me O man, To die according to Allah's plan?
Come smile at me, do not be grim,
Be Happy to return to Him.

O Angel! I bow my head in shame,I had no time to take Allah's Name.
From morning till dusk, I made my wealth,
Not even caring for my health.
Allah's command I never obeyed,
Nor five times a day I ever prayed.
A Ramadan came and a Ramadan went,
But no time had I to repent.
The Hajj was already FARD on me,
But I would notpart with my money.
All charities I did ignore,
Taking usury more and more.
Sometimes I sipped my favorite wine,
With flirting women I sat to dine.

O Angel! I appeal to you,Spare my life for a year or two.
The Laws of Quran I will obey,I'll begin SALAT this very day.
My Fast and Hajj, I will complete,
And keep away from self-conceit.
I will refrain from usury,
And give all my wealth to charity,
Wine and wenches I will detest,Allah's oneness I will attest.
We Angels do what Allah demands,
We cannot go against His commands.
Death is ordained for everyone,
Father, mother, daughter or son.
I'm afraid this moment is your last,
Now be reminded, of your past,
I do understand your fears,
But it is now too late for tears.

You lived in this world, two score and more,
Never did you, your people adore.
Your parents, you did not obey,
Hungry beggars, you turned away.
Your two ill-gotten, female offspring,
In nightclubs, for livelihood they sing.
Instead of making more Muslims,
You made your children non-Muslims.
You ignored the Mua'dhin Adhaan,
Nor did you read the Holy Qur'an.
Breaking promises all your life,
Backbiting friends, and causing strife.
From hoarded goods, great profits you made,
And your poor workers, you underpaid.
Horses and cards were your leisure,
Moneymaking was your pleasure.
You ate vitamins and grew more fat,
With the very sick, you never sat.
A pint of blood you never gave,
Which could a little baby save?

O Human, you have done enough wrong,
You bought good properties for a song.
When the farmers appealed to you,
You did not have mercy, tis true.
Paradise for you? I cannot tell,
Undoubtedly you will dwell in hell.
There is no time for you to repent,
I'll take your soul for which I am sent.
The ending however, is very sad,
Eventually the man became mad
With a cry, he jumped out of bed,
And suddenly, he fell down dead.

O Friends! Take moral from here,
You never know, your end may be near
Change your living and make amends
For heaven, on your deeds depends.
If this poem inspires you,It may help someone else too.

--- from my email

Thursday, November 02, 2006

Roti HI 5

KUNJUNGAN HORMAT PPIM DAN PERBINCANGAN HATI KE HATI DENGAN YANG BERBAHAGIA DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ.

Syukur ke hadhirat Ilahi sempena barakah bulan Ramadhan Al-Mubarrak, kita semua ummat Islam memperolehi banyak rahmat dan limpah kurnia dari Allah S.W.T dan satu di antaranya apabila kita berjaya meredakan polemik dan kemelut yang melanda para pengguna Islam baru-baru ini dalam kes roti Silverbird High 5. Satu pertemuan berjaya diadakan antara wakil PPIM, Dato Nadzim Johan Setiausaha Kerja PPIM, Dr Zaki Penasihat PPIM dan Dr Izham Pengarah Sekretariat dengan Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz serta Pegawai Akhbar Istana Negara bertempat di Istana Negara pada Jam 9.30 pagi 17 Oktober, 2006

Alhamdulillah berkat keikhlasan perjuangan dan kejujuran serta kewibawaan Ulamak yang kita kasihi Y. Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz kami berjaya duduk di satu meja dalam suasana mahabbah serta saling menghormati serta membentangkan fakta dan membandingkan nota dan maklumat di antara kedua belah pihak tanpa dipengaruhi sebarang emosi dan nafsu amarah.

Satu kesimpulan telah dapat diperolehi di mana kedua-dua belah pihak bersepakat saling bermaafan dan bersetuju untuk mengadakan kerjasama yang lebih intim demi maslahah dan kebajikan ummat Islam di Negara ini di masa hadapan. Segala kekeliruan, kekusutan serta duduk perkara dapat diurai, dibentang dan difahami kedua belah pihak dengan amat jelas, nyata dan penuh rasa insaf dan tawadduk.

Kami semua ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, rasa bersyukur malah setinggi penghargaan dan salam takzim kesemua ahli PPIM di atas sikap professional yang telah ditunjukkan oleh Y.Bhg Datuk dan Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara Sdr. Mahadzir bin Mazlan.

Hasil daripada perbincangan berkenaan kami merumuskan bahawa perkara-perkara berikut adalah nyata:

  1. Dato’ Jackson Tan secara peribadi dan terancang sememangnya telah MEMANIPULASIKAN FAKTA sehingga mengheret Y. Bhg Datuk Abu Hassan ke kancah kemelut yang TIDAK DIJANGKA OLEH BELIAU SENDIRI.
  1. Dato’ Abu Hassan Din Al Hafiz TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AGENDA PERIBADI dalam isu berkenaan dan tindakan beliau adalah semata-mata atas dasar prihatin sebagai pengguna tulen yang ingin mendapatkan fakta-fakta sebelum memutuskan status roti yang telah di makan oleh beliau dan keluarga selama ini.
  1. Dato’ Jackson Tan TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN di atas sikap JUJUR, PERIHATIN DAN KETULUSAN Y. Bhg Dato’ Abu Hassan Din berkenaan sehingga dilihat seolah-olah Dato’ Hassan memihak kepada syarikat dan menuding kepada ummat Islam sebagai zalim.
  1. Pemaparan KERATAN AKHBAR DATO’ HASSAN MEMEGANG SIJIL HALAL adalah perbuatan LICIK DAN MENJADIKAN BELIAU SEOLAH-OLAH BERSEKONGKOL dengan syarikat berkenaan. Perbuatan berkenaan TIDAK PERNAH MENDAPAT RESTU, KEIZINAN BERTULIS ATAU VERBAL daripada pihak Dato’ Abu Hassan secara peribadi mahupun daripada Pegawai Akhbar Istana.
  1. Perbuatan berkenaan adalah satu sikap BIADAP, TIDAK BERETIKA MALAHAN MEMBERI KESAN MORAL YANG MENGHAKIS IMEJ BAIK Y. Bhg Dato’ Hassan selaku Ulamak yang amat dihormati dan ini amatlah DIKESALI oleh beliau. Tindakan segera akan diambil bagi memperbetulkan keadaan. Beliau juga akan meminta syarikat menarik balik PROMOSI PERCUMA TANPA SEBARANG KEBENARAN TERSEBUT.
  1. PPIM ingin merakamkan rasa SIMPATI, TERHARU DAN MEMBERIKAN KEPERCAYAAN SEPENUHNYA di atas segala penjelasan yang telah beliau berikan.
  1. PPIM akan menerbitkan artikel khusus bagi MEMPERBETULKAN SEGALA SILAP TANGGAPAN yang selama ini banyak dilontarkan di dalam forum di laman web ini supaya Y. Bhg tidak lagi dijadikan sasaran kata-kata yang berbau ‘malice’ terhadap beliau.
  1. PPIM DAN Y.BHG DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ BERSEPAKAT memaklumi bahawa wujud jurang komunikasi di antara kedua belah pihak yang menyebabkan berlaku sedikit rasa TIDAK SELESA di antara keduanya, tetapi semuanya telah diselesaikan dengan semangat ukhuwah dan jihad Islam.
  1. Kedua belah pihak sedar dan maklum bahawa banyak perkara telah TIDAK DIBERIKAN GAMBARAN SEBENAR DAN SEPENUHNYA oleh pengurusan syarikat ini dan menimbulkan banyak kekeliruan kepada umat Islam selaku pengguna produk berkenaan.
  1. Syarikat, sehingga saat artikel ini disediakan TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN SEBARANG RASA KESAL, RASA BERSALAH DAN INGIN MEMOHON MAAF KEPADA PARA PENGGUNA YANG TELAH TERINAYA SELAMA LEBIH DARI 10 TAHUN KERANA MEMAKAN PRODUK MEREKA YANG AMAT KOTOR.
  1. SYARIKAT TIDAK BOLEH MENAFIKAN KESALAHAN-KESALAHAN YANG TELAH TERBUKTI DILAKUKAN OLEH MEREKA DALAM PELBAGAI PERKARA SEPERTIMANA YANG TELAH DIBINCANGKAN SECARA PANJANG LEBAR DALAM LAMAN WEB INI. MALAHAN ISU MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN ADALAH BUKTI NYATA BAHAWA IA TIDAK DIPATUHI SEBELUM INI.
  1. Dalam isu-isu pendafataran perniagaan yang telah tamat tempoh selama 2 tahun, tidak mempunyai sijil halal dalam produk kaya, tidak mematuhi pelbagai peraturan PBT, Imigresen dan Kementerian Kesihatan adalah kesemuanya JELAS, BENAR DAN NYATA.
  1. PPIM sekali lagi MENAFIKAN segala SMS berkenaan tuduhan minyak babi dimulakan oleh pihak persatuan. Malahan diprecayai didalangi dan dirancang oleh SYARIKAT ITU SENDIRI atas helahnya untuk MENGALIH PERHATIAN terhadap isu sebenar yang sedang dihadapi. Perlu diingati syarikat ini mempunyai perniagaan telekominikasi / prepaid yang besar dan amat murah bagi mereka melakukan. Bayangkan kalau isu minyak babi tidak wujud dalam kes serbuan ini!
  1. Sehubungan dengan itu, PPIM sekali lagi menegaskan bahawa segala tuduhan berbaur fitnah terhadap PPIM selaku badan NGO yang bersikap professional dan mendokong budaya ikhlas, telus dan berasaskan fakta kerana itu kesemua perkara yang tidak bersifat demikian bukanlah daripada pihak kami dan dinafikan sekeras-kerasnya.

Sehubungan dengan paparan di atas kami mengharapkan para pelayar laman web ini khususnya dan para pengguna Islam semua amnya akan berpuas hati dan memahami duduk perkara sebenar di sebalik kemelut H5 Silverbird dan amalan buruk pihak pengurusannya.

Dengan rendah hati dan waras kami memohon kerjasama anda semua agar tidak lagi memperpanjangkan isu Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz ke kancah polemik yang akan menimbulkan dukacita kepada beliau lagi.

Bagaimanapun, di pihak yang lain kami semua ingin menyeru supaya TERUSKAN AGENDA KITA MEMBOIKOT PRODUK INI SEHINGGA MATLAMAT PERJUANGAN KITA TERCAPAI dan berjaya menghantar isyarat kepada mana-mana syarika lain supaya tidak lagi menipu atau berani menipu para pengguna Islam malah harus belajar menghormati mereka. Amalan penipuan dan tidak beretika akhirnya akan mengundang kerugian besar kepada para penipu..

Akhirkata sebagai ingatan kepada kita semua, jika kita ingin mengembalikan hak dan maruah, dihormati di dunia ini, perkukuhkanlah pakatan dan kerjasama di antara kita para pengguna dan teruskan agenda kita, keluarga dan masyarakat kita dengan prinsip GERAKAN PENGGUNA ISLAM.

Antara amalan harian dan prinsipnya adalah seperti berikut:-

  1. Fikir, lihat, semak, fahami, tanya. Apa yang kita lakukan haruslah memberi menfaat kepada Ummah;
  2. Sentiasa ingat, Umat islam adalah bersaudara. Bersatu di atas persamaan dan ketepikan perbezaan yang kecil tapi merosakkan; Umat Islam harus saling bantu membantu dan kasih mengasihi;
  3. Memberi keutamaan kepada usaha membantu menjana ekonomi pengusaha Islam walaupun agak susah sedikit;
  4. Amalkan sedikit pengorbanan dalam kehidupan seharian dalam membantu sesama kita walaupu mengalami kesukaran (di mana mungkin). Amalan inilah yang membawa kejayaan kepada bangsa-bangsa yang berjaya di dunia;
  5. Cari produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengusaha Islam di mana mungkin;
  6. Jangan beli produk yang kotor;
  7. Jangan beli produk yang syarikatnya memusuhi umat Islam, menghina atau membantu musuh Islam;
  8. Cari syarikat yang ”Muslim Friendly Organisation (MFO)” jika berurusan dengan syarikat. Menghormati pekerja Islam, ada surau yang baik dll;
  9. Jangan beli produk yang syarikatnya TIDAK MENGHORMATI, tidak peka terhadap keperluan Islam;
  10. Jangan sokong syarikat yang tidak beretika kerana kalau dulu mereka boleh menipu siapa kita nak jamin mereka tidak tipu lagi di masa akan datang!;
  11. Jangan sokongan syarikat yang biasa menipu para pengguna dan umat Islam jika dapat dielakkan, seperti roti high 5 kerana banyak lagi syarikat lain seperti Roti Iman, Roti Azan atau faderal Bakery ataupun Roti Gardenia jika tiada syarikat roti 100% Islam.

Semak kembali apa yang kita beli seharian dan adakah kita dalam usaha membantu menjanan ekonomi atau tidak. Teliti pembelian rempah, sos, restoran, mee, kopi, insurans, minyak masak, gas masak, klinik doktor, peguam, surat khabar, kedai jahit, kek, kicap, .......

” Ingatlah, mencari yang halal itu fardu, mengembalikan hak dan maruah adalah jihad dan semua kejayaan perlukan pengorbanan yang besar...”

Sekian terima kasih.

- PPIM -

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.250